28 September 2009

Perlawanan Bolasepak Persahabatan

Satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara Pengadil Bolasepak Kebangsaan Malaysia dan Pengadil Bolasepak Singapura akan di adakan pada hari Jumaat 02 Oktober 2009 jam 3 petang bertempat di Wisma FAM, Kelana Jaya sebagai memperingati Allahyarham Nazri Abdullah dan Kapt (B) Abd Halim Hamid. Sehubungan dengan itu semua Pengadil-pengadil di jemput hadir untuk memberi sokongan

11 September 2009

Selamat Menyambut Lebaran



Assalamualaikum dan salam sejahtera... kepada pengunjung blog ini anda dialu-alukan untuk meninggalkan pesanan/ucapan selamat hari raya kepada member-member pengadil ....... terima kasih

07 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Pengadil KLFA

Rujuk kepada perjumpaan pada 6hb Sept 09, Semua pengadil yang hadir telah bersetuju untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan bayaran di kenakan sebanyak RM 15 (Ringgit Malaysia Lima Belas Sahaja) . Ia akan di adakan pada 10 Sept 09 di Std KLFA. Atur cara majlis seperti berikut:

1830 - Semua pengadil berkumpul
1925 - Berbuka (bawa sendiri)
1930 - Solat Maghrib (berjemaah)
1940 - Jamuan ala kampung (disediakan)
2030 - Solat Isya' dan terawih (berjemaah)
2145 - Tahlil ringkas
2200 - Jamuan More
2245 - Majlis di jangka selesai

Kepada rakan-rakan pengadil di jemput hadir, untuk maklumat lanjut sila hubungi
Cikgu Norhasni (0192330020)

02 September 2009

Perjumpaan Pengadil Kuala Lumpur

Perjumpaan pengadil-pengadil bolasepak Kuala Lumpur akan di adakan di Std KLFA pada 6hb Sept 2009 jam 0200 petang, kehadiran adalah di wajibkan. Maklumat lanjut sila hubungi Pengarah Pembangunan Pengadil Kuala Lumpur