22 December 2010

Siapa selepas dia?


Kita bangga kerana dapat melahirkan seorang pengadil berwibawa yang menjadi salah seorang pengadil terpilih ke Piala Dunia 2010. Di antara pengadil Asia yang terpilih, dialah yang telah mengadil bilangan perlawanan dan yang genting bagi Pra-Piala Dunia, kalau tidak diistiharkan sebagai terbaik pada ketika itu, ia adalah suatu perkawa logik yang tentunya diterima semua yang bergelar pengadil hebat. Atas alasan teknikal kerana salah seorang AR belum pernah beraksi dalam sebarang perlawanan genting, maka FIFA tidak berani menperjudikan pasukannya untuk mengendalikan perlawanan yang penting di WC 2010. Tidak mengapa di Asia Subkhiddin Hj Mohd Salleh masih terbaik. Kita turut bangga kerana pengadil Asia yang lain turut diberi perlawanan yang tertinggi untuk beraksi.
Persoalannya, siapa selepas Subkhiddin? Walaupun berada jauh di luar negara, perkembangan pengadilan di negara tetap menjadi perhatian. Secara ikhlas, buat masa terdekat tiada yang mampu digelar "Second to Subkh". Barisan pelapis yang ada perlu diteliti dan yang belum disenaraikan pun perlu dikenal pasi, digilap, dibimbing agar suatu hari nanti pelapis dengan yang sedia ada akan sama hebat dan hanya dipisahkan oleh pengalaman saja. Adik2 FIFA yang ada haruslah tidak puashati kerana sudah mempunyai lencana FIFA di dada kerana ia tidak mencerminkan kehebatannya dan ia mudah pudar atau terlucut dari poket itu. Anda bukan tebaik di negara kerana ada abang2 yang senior yang tidak layak memakai lencana itu kerana usia yang melebihi syaratnya. Tugas siapa untuk memastikan fenomena ini menjadi suatu kenyataan?
Seperkaras lagi buat renungan. Kalau dulunya, apabila terdapat pindaan pada undang-undang bolasepak setiap tahun, ada saja individu yang akan mengambil initiatif untuk memastikan ia diterjemahkan ke bahasa Melayu agar semua yang kurang arif dalam bahasa Inggeris akan turut mendapat manfaatnya. Ada juga individu yang akan memperkemaskinikan buku Undang-Undang Bolasepak dalam Bahasa Malaysia setiap tahun dan dicetakkan agar ia dapat dibaca oleh semua. Dua individu ini tiada dalam kanca bolasepak Malaysia, siapa yang bakal menggantikannya? Ia masih menjadi suatu pertanyaan!

21 October 2010

Nasihat ikhlas kepada teman




9 OKtober 2010, 3.00 petang - Saya terasa amat terharu dan dihargai apabila sekumpuIan kakitangan dari sebuah stesen televisyen datang ke rumah saya untuk menemuduga saya. Mereka menanyakan pengalaman pengadilan saya, perlawanan pertama dan terakhir dalam kerjaya kepengadilan, pengalaman pahit dan manis serta usaha yang dicurahkan ke arah kecemerlangan diri. Perjawatan di Malaysia dan terkini. Saya telah ditanya juga bagaimana saya membuat keputusan dalam mengatasi masalah disiplin pemain atau masalah-masalah di dalam perlawanan. Akhir sekali diminta juga untuk memberikan nasihat kepada pengadil-pengadil muda agar mereka mampu memberikan persembahan terbaik pada setiap masa ketika mengendalikan sesuatu perlawanan.
Untuk mencapai suatu tahap dihormati oleh semua pemain, pegawai pasukan, pengadil hendaklah memastikan bahawa setiap perlawanan yang diadili adalah terbaik atau sekurang-kurangnya mengekalkan persembahan yang konsisten. Untuk mencapai keadaan sedemikian, dia perlulah mengekalkan tahap kecergasannya, kekalkan perlawanan latihan, masa rehat yang mencukupi sebelum setiap perlawanan dan menganggap bahawa setiap perlawanan itu adalah penting bukan sebagai suatu perlawanan tambahan. Adil, tegas, mesra dan tidak memihak kepada mana-mana pasukan setiap masa. Berani untuk mengambil keputusan atau tindakan yang genting. Adil dan dilihat melakukan keadilan (fair and seen to be fair). Apabila pemain melakukan kesalahan yang serius dan patut diberi amarana atau diperintah keluar tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya, pemain itu tidak akan menghormati pengadil itu walaupun dia memperolehi keistimewaan dari keputusan yang buruk pada ketika itu. Oleh itu, pengadil tidak seharusnya fikir apabila dia memberikan sesuatu keistimewaan kepada pemain itu, dia akan dihormati kerana pemain akan menganggap pengadil tiada keberanian dan telah hilang hormat dan kepecayaan kepada pengadil itu.
Sebenarnya pemain akan bermain mengikut rentak dan cara yang diberi oleh pengadil. Jika pengadil membenarkan corak permainan yang kasar dengan kesalahan serius tidak dihukum dengan sepatutnya, bantahan tidak dipendam, pemain kerap mempersoalkan keputusan pengadil, maka kekasaran itu akan bertambah buruk sehingga pengadil hilang gengaman atau kawalan terhadap perlawanan itu atau perlawanan itu akan TIADA DALAM KAWALANnya lagi. Biasanya pemain tidak akan mempersoalkan keputusan pengadil. Oleh itu, pengadil dalam mengekalkan ketegasan dan ketepatan dalam keputusannya, perlu juga membuat ANALISI DIRI atau MENYOALKAN diri sendiri ketika ada bantahan, rayuan atau keputusannya dipersoalkan oleh pemain dan pegawai perlawanan. " KALAU ANGIN TIDAK TIUP MASAKAN RUMPUT AKAN BERGOYANG". Mungkin dia terlepas pandang sesuatu insiden, kekasaran atau membuat sesuatu keputusan yang salah atau silap. Jadi, dia perlulah bersifat ikhlas dan jujur kepada diri sendiri dan pemain. Dengan itu dia akan dihormati oleh pemain dan pegawai pasukan.
Untuk mencapai tahap prestasi yang cemerlang pada tahap tertinggi dalam pengadilan, pengadil hendaklah sentiasa berlatih dan mengekalkan tahap kecergasannya, mengemaskinikan pengetahuan tentang Undang-undang Permainan, pentafsiran dan pelaksanaannya, amalan pemakanan yang sesuai, rehat secukupnya di antara perlawanan, latihan dan sebelum perlawanan, membentuk suatu amalan persediaan mental sebelum setiap perlawanan, motivasi diri untuk peningkatan berterusan, ikhlas dalam menerima komen-komen dari penilai pengadil atau rakan sejawat, hormati orang lain agar diri dihormati, berani untuk membuat keputusan yang genting dan tegas terhadap pemain bermasalah disipilin atau sikap yang menjadi 'pengacau' dalam perlawanan, MESRA daam KETEGASAN dalam pendekatan pengadilan, membentuk suatu cara motivasi diri agar dapat meghasilkan persembahan dan pencapaian pada had yang tertinggi dan mencapai tahap kerjaya yang terbaik dalam pengadilan.
"Kalau takutkan ombak dan badai, jangan buat rumah di tepi pantai".

04 September 2010

Tuntutan Elaun Musim 2009

Assalamualaikum w.b.h dan salam sejahtera........
Dimaklumkan kepada semua Pengadil-pengadil yang berdaftar dengan KLFA... anda boleh datang menuntut elaun tugasan bagi musim 2009 mulai hari SELASA 07/09/10 bermula jam 1230 hingga 1600.....Kepada Pengadil2 yang telah bertukar keluar dari Kuala Lumpur.... saya akan berusaha untuk uruskan cara pembayaran kepada anda.... sila ikuti perkembangan melalui facebook atau blog .... atau boleh telifon terus Pengarah Pembangunan Pengadil KL atau saya untuk maklumat lanjut.....
Untuk Pengadil yang tidak datang mesyuarat..... jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau perlukan penjelasan anda juga boleh hubungi terus dgn saya.... anda dinasihatkan tidak mendengar penjelasan dari pihak ketiga...... terima kasih....

Tuntutan Elaun Musim 2009

Assalamualaikum w.b.h dan salam sejahtera........
Dimaklumkan kepada semua Pengadil-pengadil yang berdaftar dengan KLFA... anda boleh datang menuntut elaun tugasan bagi musim 2009 mulai hari SELASA 07/09/10 bermula jam 1230 hingga 1600.....Kepada Pengadil2 yang telah bertukar keluar dari Kuala Lumpur.... saya akan berusaha untuk uruskan cara pembayaran kepada anda.... sila ikuti perkembangan melalui facebook atau blog .... atau boleh telifon terus Pengarah Pembangunan Pengadil KL atau saya untuk maklumat lanjut.....
Untuk Pengadil yang tidak datang mesyuarat..... jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau perlukan penjelasan anda juga boleh hubungi terus dgn saya.... anda dinasihatkan tidak mendengar penjelasan dari pihak ketiga...... terima kasih....

09 August 2010

Majlis Berbuka Puasa & Terawih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Majlis berbuka puasa akan diadakan pada 21hb Ogos 2010 (Sabtu) di Std. KLFA.... Kepada semua pengadil yang berdaftar dgn KLFA kedatangan amat digalakkan.......

Aturcara majlis:
0645 : Berkumpul
0727 : Azan (Berbuka)
0735 : Solat Maghrib Berjemaah
0745 : Jamuan
0845 : Azan Isyak (Berjemaah)
Terawih
: Moreh
1045 : Majlis dijangka tamat

14 May 2010

Latihan Mingguan pada 16 Mei 2010

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.....

Dimaklumkan kepada semua pengadil-pengadil yang berdaftar dengan KLFA, latihan mingguan akan di adakan pada Ahad 16/5/2010 jam 8 pagi .... sila bawa peralatan pengadil lengkap.
Pakaian semasa latihan : short hitam dan baju berwarna merah

Sila hebahkan kepada rakan-rakan pengadil yang lain...

07 May 2010

Melentur buluh - Mendidik Pengadil Baru

Sesuatu pasukan bolasepak, biasanya mengandungi pemain berpengalaman dan juga pemain muda atau baru yang mempunyai kegigihan, tenaga, kemahiran asas tetapi memerlukan digilap dan diberi pengalaman. Latihan-latihan sudah tentunya dijuruskan kepada perkembangan kemahiran dan teknik, pembinaan keyakinan dan pengukuhan strategi agar pemain-pemain muda ini dapat diserapkan ke dalam sistem itu. Jurulatih-jurulatih yang berwawasan untuk pembangunan tidak akan teragak-agak untuk memainkan pemain muda ini di dalam perlawanan ketika masa tepat untuknya (bilakah masa yang tepat?). Dengan memasukkan seorang pemain muda, ia akan memberikan peluang kepada sepeuluh pemain senior yang lain untuk memikul beban dan pada masa yang sama meningkatkan kebolehan diri. Jurulatih perlu bersabar dengan kerenah dan kesilapan yang bakal dilakukan oleh pemain muda di dalam perlawanan jika tidak, ia akan menghilangkan keyakinan diri pemain itu dan menghalang pembangunannya. Kekadangnya, jurulatih perlu mengambil risiko untuk memainkan pemain muda di dalam perlawanan utama atau genting. Ramai pemain muda, bila diberi peluang dan ruang untuk beraksi akan memberikan persembahan terbaik di luar jangkaan jurulatih kerana mereka juga ingin merampas tempatnya di kesebelasan utama. Jika jurulatih sesuatu pasukan yang berada di tangga tercorot di dalam liga menunggu sesuatu perlawanan mudah atau ketika mendahului lawan untuk mencuba pemain muda, rasanya pemain-pemain muda ini tidak ada peluang langsung untuk beraksi. Kekadangnya dengan memasukkan pemain muda atau dengan sekadar memanaskan pemain muda di luar padang akan mencetuskan cabaran kepada pemain2 yang ada di dalam padang untuk berusaha mempamerkan prestasi yang lebih baik supaya tidak digantikan.
Dalam pengadilan, terdapat kesamaan dalam proses pembangunan. Jawatankuasa Pengadilan akan memutuskan masa dan detik yang sesuai untuk melantik pengadil muda ke dalam liga utama. Ini sudah tentunya dilakukan setelah berpuashati bahawa mereka ini telah diberi latihan yang sesuai dan secukupnya, dibina keyakinan dalam perlawanan di liga yang rendah, bimbingan dari penilai pengadil selain panduan-panduan dari pemain senior dan apabila prestasi mereka baik, dilantik untuk perlawanan yang lebih mencabar atau bertahap tinggi. Persembahan mereka ini sudah tentunya diawasi oleh penilai pengadil yang berperanan untuk berikan nasihat dan bimbingan ke arah pembangunannya. Kesilapan adalah perkara biasa pada manusia dan pendekatan yang diamalkan oleh penilai pengadil untuk menerima kesilapan ini penting dalam proses pengukuhan keyakinan diri pengadil muda itu. Kesilapan boleh berlaku tetapi tidaklah sehingga menjejaskan seseuatu pasukan atau pemain. Perlawanan-perlawanan di peringkat awal seharunya dijadikan medan untuk mencuba pengadil muda kerana perlawanan-perlawanan pada peringkat akhir biasanya adalah lebih mencabar dan genting. Dengan kerjasama semua pegawai pasukan proses gabunganjalin ini sudah tentunya akan menguntungkan bolasepak negara dan pengadilan khususnya.

16 April 2010

Pindaan Undang2 Bolasepak 2010

Undang-undang 1:
Tiang-tiang gol dan palang gol diperbuat dengan kayu, logam atau bahan lain yang diluluskan. Mereka mesti berbentuk segi empat sama, segi empat tepat, bulat atau bujur dan tidak berbahaya kepada pemain.

Sebab: Tiang-tiang gol dan palang gol dari bentuk lain tidak dibenarkan.

Panduan kepada Pengadil:
Pemain Tercedera:
Pengecualian kepada peraturan ini hendaklah dilakukan hanya ketika:
- penjaga gol tercedera
- penjaga gol dan pemain terlibat dalam perlanggaran dan memerlukan rawatan
- pemain-pemain dari pasukan yang sama terlibat dalam perlanggaran dan memerlukan perhatian segera
- kecederaan parah berlaku contohnya, tertelan lidah, konkusi, kaki terpatah.

Sebab: Adalah dianggap tidak adil ketika pemain dari pasukan yang sama yang terlanggar dan diperlukan untuk dikeluarkan dari padang permainan untuk menerima rawatan dengan itu pasukan berkenaan mempunyai beberapa kekurangan.

Pembawa 'stretcher' hanya masuk ke padang permainan setelah menerima isyarat dari pengdil.
Sebab: Pembawa 'stretcher' diwajibkan masuk ke padang permainan untuk semua kecederaan ketika doktor diperlukan sering menyebabkan gangguan permainan yang tidak sewajarnya.

Pindaan ini berkuatkuasa pada 1 Jun 2010 di Piala Dunia 2010.

Last week klfaref training




20 March 2010

Seminar dan Ujian Kecergasan Musim 2010/2011

Dimaklumkan kepada semua Pengadil KLFA, Seminar dan Ujian Kecergasan untuk musim 2010/2011 akan diadakan pada 10 dan 11 Apr 2010. Sila maklumkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendaftar sebagai Pengadil

Tempat: Std. KLFA, Cheras
Masa: 0730
Tarikh: 10 dan 11 April 2010

Maklumat lanjut sila hubungi Pengarah Pembangunan Pengadil Kuala Lumpur

01 March 2010

Perjumpaan Pengadil Kuala Lumpur

Dimaklumkan kepada pengadil-pengadil bolasepak Kuala Lumpur ..... Perjumpaan akan diadakan pada 07 mac 2010 di Std KLFA jam 8.30mlm... kehadiran adalah dimestikan.... sila hebahkan kepada semua ........ tq