14 December 2011

SEMINAR & FITNESS TEST FAM 2012

Setelah sekian lamanya berlatih dan berusaha untuk ujian kecergasan FAM, dan tarikhnya 7 hingga 11 Disember yang lalu telah diadakan di KUIM, Melaka. Seramai 19 orang Pengadil dari Kuala Lumpur, 11 pengadil kategori kebangsaan dan 8 kategori Antarabangsa termasuk seorang wanita telah menghadiri ujian tersebut. jadual yang bermula jam 12tengahari pada hari pertama dengan Taklimat kepada semua para pengadil dan Penilai pengadil dari seluruh negeri berkaitan Ujian yang akan dijalankan.
Bagi pengadil Kuala Lumpur kategori Kebangsaan, ujian dijalankan pada hari pertama jam 430petang bermula dengan warming up oleh Jurulatih kecergasan iaitu Coach Adam Shah meera dan kata-kata perangsang dari beliau. Bagi Sprint test catatan masa adalah 6.4 saat dan Interval test adalah 30s run, 40s walk. Untuk kategori ini, wakil dari Kuala Lumpur yang lulus adalah seramai 8 orang, dan ada yang melakukan 12 pusingan.hebat...Malam nya pula diteruskan dengan kelas Ulangkaji bagi para pengadil dan minum malam.

Pada tarikh 8hb-Khamis, seawal jam 630 pagi telah bermula yang melibatkan dari negeri-negeri lain. Perasmianya adalah di jalankan pada jam 11pagi dah telah dirasmikan oleh Pengurus Hal Ehwal Pelajar KUIM mewakili pihak atasan yang telahpun dijemput. Dalam ucapan beliau mengalu-alukan kehadiran para pengadil FAM dan menharapkan maklum balas agar pihaknya dapat meningkatkan lagi perkhidmatan yang disediakan sepanjang program ini berlangsung. Pada sebelah petang pula, acara yang melibatkan pengadil-pengadil dari Kuala Lumpur bagi kategori Antarabangsa. Permulaan yang baik ditunjukkan pengadil-pengadil Kuala Lumpur tetapi agak mendukacitakan apabila beberapa pengadil kita mengalami kekejangan dan amaran semasa interval test. Sesungguhnya ini adalah satu keputusan yang agak memberi tamparan kepada KLFA, bagaimana pun ianya harus diterima oleh semua pihak. Dan sepeti biasa malamnya adalah kelas ulangkaji.


Diteruskan keesokkan harinya 9hb-Jumaat, seorang wakil Kuala Lumpur wanita iaitu saudari Widiya habibah, menjalani ujian bersama-sama seorang wakil wanita dari N9 yang dipanggil pada saat-saat akhir. Alhamdulillah, kedua-dua lulus dengan jayanya. Selesai bagi kategori wanita ini bermakna habislah sudah ujian bagi semua kategori. Selepas itu, program diteruskan lagi dengan praktikal yang diketuai oleh Pengadil tersohor kita iaitu Cikgu Subkhiddin. Pelbagai variasi latihan telah ditunjukkan dan dijalankan oleh beliau, dah ianya adalah satu latihan praktikal yang bagus dan boleh membantu peningkatan pengadil selain dari penilaian ketua pengadil di dalam satu-satu perlawanan. Pada sebelah petangnya adalah sessi dialog dan majlis penutup dan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM iaitu Datuk Astaman Abd Aziz. Di dalam Majlis dialog itu, beliau berjanji akan membawa beberapa perkara yang telah dicadangkan oleh pengadil-pengadil didalam mesyuarat yang akan di hadiri oleh Presiden FAM iaitu Sultan Ahmad Shah. Antaranya cadangan yang akan dibawa ialah dari segi Elaun perlawanan dan insurans yang melibatkan pengadil. Diharapkan ianya akan memberikan satu keputusan yang positif dan tentukan akan menggembirakan warga pengadil di seluruh Malaysia iandai ianya terlaksana. Pihak Pengadil KLFA mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Astaman Abd Aziz atas usaha beliau dalam mengangkat martabat Pengadil di malaysia. Datuk Astaman juga adalah merupakan Presiden KLFA.

Dan program terakhir adalah sesi 'Hot Topic' berkaitan LOG, sesi ini dimulakan oleh Cikgu Subkhiddin dan diteruskan oleh Cikgu Kassim Bacha dari Melaka dan Cikgu Nasaruddin dari Penang. Tamat kelas, PPPKL iaitu En Madjan telah mencadangkan satu makam malam bagi pengadil-pengadil Kuala Lumpur dan telah diadakan di Pengkalan Balak yang mana turut disertai en Zainal Abidin Yaakob.
Bagi Pengadil-pengadil yang lulus, setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kerana kejayaan anda membantu menaikkan nama Pengadil KLFA. Bagi yang gagal jangan berputus asa dan teruskan berusaha kerana Ujian kecergasan kedua akan dijalankan pada Januari 2012. Buktikan yang Pengadil-pengadil KLFA adalah pengadil yang berwibawa.

SYABAS DAN JUMPA LAGI.

08 November 2011

KLFA League Standing for October







Bermula bulan ini dan sehingga selesai musim 2011 liga KL pada tahun ini, pihak KLFAREF.Blog akan berusaha untuk menyiarkan kedudukan bagi pasukan-pasukan yang bertanding didalam KLFA League bermula dengan Premier sehinggalah ke Division 2. Ini bertujuan kepada para pengadil KLFA sebagai rujukan dan peka terhadap perkembangan pasukan-pasukan didalam liga KL juga sebagai pengetahuan kepada pengunjung blog KLFAREF tentang liga KL serba sedikit.
Untuk masa hadapan jika ingin mengetahui kedudukan pasukan-pasukan didalam liga KL sila lah lawati www.klfaref.blogspot.com ..;-)

01 November 2011

Ujian Bertulis Kelas II FAM 2011


Seramai 17 orang calon berdaftar dari Pengadil KLFA telah mengambil ujian Kelas II FAM yang diadakan pada 29 Oktober 2011 yang lalu bertempat di Stadium Bolasepak Cheras. Selain dari pengadil-pengadil KLFA, ujian ini juga telah disertai pengadil-pengadil dari N9 seramai 8 orang calon. Bagi membantu calon-calon menduduki ujian tersebut, PPPKL @ En Madjan telah pun menganjurkan kelas bermula 24hb sehingga 27hb Oktober bermula jam 8.00 malam bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan Law Of The Game (LoG). Kelas ini telah dikendalikan oleh En Zainal Abidin Bin Yaacob sebagai Pengajar dari FAM. Antara kandungan kelas yang diberikan ialah Undang-undang 1 - 17, situasi kesalahan dan teknik-teknik menjawab soalan dengan betul. Rata-rata calon memberikan reaksi positif terhadap kelas yang dijalan kan dan menganggap ianya adalah satu langkah yang baik dalam membantu calon-calon yang layak untuk lulus dengan cemerlang dan berharapkan kelas-kelas sebegini bukan hanya dibuat untuk ujian semata-mata, tetapi boleh dijalan sebagai ulangkaji kepada pengadil-pengadil baru dan senior.

Kepada calon-calon yang layak menduduki ujian tersebut Pihak Pengadil KLFA mengucapkan selamat berjaya dan lulus dengan cemerlang. semoga apa yang diusahakan akan membuahkan hasil yang memuaskan. Juga tidak dilupakan pada Disember 2011, akan diadakan pula Ujian Kelas I FAM. segala pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan En Madjan selaku Pegawai Pembangunan Pengadil KLFA.

25 October 2011

Latihan dan Pra-ujian Kecergasan Siri 1





Bertarikh 23 Oktober 2011-Ahad telah diadakan satu latihan dan pra-ujian kecergasan bagi pengadil-pengadil yang berdaftar dengan KLFA di Stadium Bolasepak Cheras. Dengan kehadiran pengadil yang sangat memberangsangkan ini akan menjadi satu galakan kepada pengadil-pengadil yang tidak dapat hadir. Bermula jam 07.45 pagi, setiap peserta mendaftarkan diri akan diberikan satu baju latihan yang akan digunakan setiap kali latihan dan pra-ujian kecergasan untuk masa-masa akan datang. Baju ini adalah atas inisiatif tuan PPPKL iaitu En Ahmad Zaini Bin Wan Lah a.k.a En Madjan yang mahukan keseragaman, bukan hanya di padang tetapi juga semasa Majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh KLFA mahupun FAM. Dengan usaha itu juga, pihak KLFA melalui PPPKL telah memberikan sumbangan baju korporat dan baju T-Shirt berkolar kepada semua pengadil-pengadil yang berdaftar. Ini adalah satu titik mula kearah perpaduan didalam kem pengadil didalam semua hal.Perkara ini telahpun ditekankan kepada pengadil-pengadil didalam mesyuarat Pengadil Kebangsaan KLFA pada 19 Okt yang lalu yang mana pengadil-pengadil KLFA haruslah menunjukkan satu imej yang baik dari semua segi kepada pihak luar. seterusnya dengan apa yang diusahakan ini akan mengangkat lagi martabat dan imej pengadil KLFA pada pandangan umum.
berbalik kepada sesi latihan, ucapan jutaan terima kasih kepada Jurulatih kecergasan kita iaitu En. Adam Shah Meera Hussin atas kesudian beliau mengetuai sesi latihan pada hari tersebut. Bermula dengan ujian speed 60 meter dan diikuti ujian kecergasan bagi pengadil Kebangsaan KL dengan masa 30 saat x 35 saat. Kepada Pengadil-pengadil yang berjaya melepasi ujian tersebut tahniah diucapkan dan teruskan berlatih, dan kepada yang tidak berjaya, lebihkan usaha dan latihan dan jangan berputus asa. biar kita gagal hari ini kerana sasaran PPPKL bagi pengadil-pengadil KLFA adalah pada Disember di Lumut.Beliau mahukan Pengadil-pengadil KLFA memberikan satu keputusan yang cemerlang di Lumut nanti. itulah harapan beliau ucapkan semasa perjumpaan pengadil tempohari. seterusnya latihan diteruskan lagi dengan ujian bagi pengadil-pengadil kelas 2 dan 3. catatan masa masa ujian ini ialah 35 saat x 45 saat, dan hasilnya adalah amat menggalakkan kerana kebanyakkannya berjaya menghabiskan 10 pusingan. Syabas !!!...selesai latihan, sesi diteruskan lagi dengan penerangan dari En Khalid berkenaan panduan mengisi borang laporan bagi liga KLFA. Dengan penerangan yang secara teratur dan padat, diharapkan dapat membantu para pengadil menjalankan tugas dengan baik. Sesi pada hari tersebut diakhiri dengan jamuan ringan.
Semoga kita berjumpa lagi pada sesi Latihan dan Pra-Ujian pada masa akan datang..SYABAS semua !!!...

02 June 2011

Ringkasan Tafsiran Pindaan Undang-Undang 2011/2012

Pindaan Undang-undang Permainan FIFA 2011/2012
Berkuatkuasa 1 July 2011.
U1. Padang Permainan
a. Hanya garisan2 yang dinyatakan di dalam Undang-undang 1 ditandakan di padang permainan.
Pada permukaan padang tiruan, garisan2 lain adalah dibenarkan dengan syarat warnanya berlainan dan jelas. Ini adalah kerana sesetengah permukaan tiruan digunakan untuk permainan lain selain daripada bolasepak.
b. Bentuk tiang dan palang gol mestilah berbentuk empat segi tepat, empat segi sama, bulat atau bulat bujur tetapi jarak di antara kedua-dua tiang gol hendaklah berukuran 7.32 meter.
U2. Bola
Penggantian bola - Jika bola pecah atau kempis semasa sepakan panalti atau sepakan dari tanda penalti ketika ia bergerak ke hadapan dan sebelum mana-mana pemain, tiang atau palang gol, sepakan hendaklah dibuat semula.
Jika bola pecah atau kempis ketika dalam permainan, perlawanan diberhentikan dimulakan dengan satu jatuhan bola.
U3. Bilangan Pemain - perubahan struktur pada teksnya.
Panduan kepada pengadil - Orang tambahan di padang permainan.
Pegawai Pasukan
Jurulatih dan pegawai-pegawai lain yang dicatatkan di senarai pasukan adalah pegawai pasukan.
U4. Peralatan Pemain
Peralatan Asas
Seluar pendek - jika seluar dalaman atau tights dipakai, ia hendaklah sama warna dengan warna utama seluar pendek.
Undang-undang yang ada membenarkan seluar tights yang berlainan warna digunakan. Ini menghasilkan kekeliruan. Pindaan ini memerlukan tights, jika digunakan sama warna dengan warna utama seluar pendek.
U5 - Pengadil
Pindaan struktur pada teks - Kuasa dan Tugas
Jika bola tambahan masuk ke padang permainan....
U8 - Permulaan dan Permulaan Semula Permainan
Pindaan struktur pada teks.
Definisi Jatuhan Bola
Suatu jatuhan bola ia suatu cara untuk memulakan semula permainan apabila, ketika bola di dalam permianan, pengadil diperlukan untuk memberhentikan permainan sementara untuk sebab-sebab yang tidak dinyatakan di dalam Undang-undang Permainan.

Keputusan-Keputusan Lembaga Antarabangsa PB
1. Penolong Pengadil Tambahan (AARs) - percubaan ini diteruskan. Kegunaan AAR dibuat di UEFA EURO 2012.
2. Teknologi Garisan Gol (GLT) - projek percubaan ini diteruskan.
3. Undang-undang 4 - Peralatan Pemain
a. Kegunaan alat hubungan radio dirujukkan kepada FIFA Task Force Football (FTFF) 2014 untuk pertimbangan
b. Penggunaan "snoods" (selendang/tudung atau anak tudung) dan pakaian yang sama bentuknya adalah dilarang.
4. Undang-undang 12 - Kesalahan dan Kelakuan Tidak Sopan
Kesalahan Perintah Keluar - dirujukkan ke FTFF.
5. "Vanishing Spray" - diluluskan kegunaanya oleh CONMEBOL sebagai percubaan.

Semoga tafsiran ini memudahkan rakan2 pengadil di Malaysia.

04 April 2011

Mental Preparation (2)

Mental Preparation atau Persediaan Minda adalah suatu kemahiran yang boleh diamalkan dalam menyediakan diri untuk menghadapi sesuatu perlawanan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan seseorang mengujudkan keadaan mental yang unggul (ideal mental state) - ketika paras adrenalinenya tinggi dia tetap tenang, sedikit bimbang (nervous) namun tenang dan yakin, keputusan dibuat dengan pantas tanpa proses kesedaran pemikiran kerana anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap kebolehan diri, anda sentiasa rasa anda berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat, dapat mengekalkan tumpuan dan sedar akan keadaan di sekeliling, mengekalkan kawalan terhadap emosi dan tidak jadi tegang (tense), dengan itu berada terkawal sepenuhnya terhadap diri.
Bagaimana keadaan minda yang unggul dapat dikecapi?
Relaxation - renung sejenak untuk mendaptkan pemikiran dan fokus semula.
Concentration - tidak hilang tumpuan atau fokus pada permainan dan sentiasa tertumpu sepanjang permainan.
Visualization - Banyangkan bagaimana anda mengatasi sesuatu keadaan tertentu, dengan itu ketika ia berlaku anda telah pun beredia dengan idea2 untuk cara mengatasinya. Ini suatu kemahiran tertutup yang dilakukan secara berasingan atau bersendirian.
Kawalan Perasaan - Tumpuan hendaklahs entiasa pada yang perasaan positif - yakin, kesungguhan, relax dan sudah tentunya keseronokan.
Sikap - ia akan mengawal tingkahlaku pengadil, jika anda fikirkan boleh anda boleh melakukannya, jika anda fikir anda mempunyai terbaik, anda tidak akan jadi terbaik. Oleh itu jadilah 'diri sendiri'.
Kesedaran - sedar akan kekuatan dan perkawa yang perlu dikembangkan, berusaha untuk membaikinya dan bayangkan yang anda boleh melakukannya, ia akan menjadikan anda pengadil yang lebih baik.

Cubalah beberapa kemahiran di atas dan "Selamat Maju Jaya"

Catatan ini adalah sambungan dari posting yang lepas - X-factor.

31 March 2011

X-Factor

Pengadil yang berusaha gigih dalam kecergasan fizikal, mahir dalam undang-undang permainan dan pelaksanaannya, pengurusan manusia dan keadaan genting dan kemahiran-kemahiran lain sering mempamerkan persembahan individu ke tahap yang tidak dapat dicapai oleh rakan lain. Faktor apa yang membezakannya? Mereka ini boleh mengatasi tekanan-tekanan mental sesuatu perlawanan yang genting.
Tekanan mental sebenarnya datang dari dalaman individu. Persepsi mereka terhadap situasi2 dalam permainan yang menyebabkan tekanan. Oleh kerana ia berasal dari dalaman maka ia boleh dikawal. Kemahiran ini boleh dilatih dan dimahirkan. Kemahiran mental pada pengadil adalah keupayaannya untuk memberikan tumpuan kepada permainan dan mengabaikan gangguan2 dalaman dan luaran. Dengan itu dapat melaksanakan undang-undang dengan betul dan tepat pada setiap situasi.
Pengadil yang unggul diharapkan tenang ketika dalam tekanan, emosinya terkawal, yakin, peka mentalnya dan bersikap positif dalam pendekatannya terhadap perlawanan. Pengadil yang baik tidak mengelak tekanan, menerimanya ia sebagai sebahagian dari permainan di setiap peringkat, yakin bahawa diri mempunyai kemahiran untuk mengatasi situasinya. Tekanan sebenarnya bukan suatu ancaman tetapi suatu cabaran yang dialu-alukan. Beberapa panduan berikut boleh diamalkan:
1. Tidak perlu resah dengan tekanan dari pemain2 terhadap keputusan anda, mereka bukan marah anda (mereka tidak kenal anda) mereka kecewa dengan jersi referee anda, peranan dan kuasa yang yang ada padanya
2. Usah tunjukan kemarahan, ketakutan, emosi yang negatif. Emosi yang seharusnya ditunjukkan ialah keseronokan.
3. Perlu kental dalam membuat keputusan, bertanggungjawab terhadap kesan dan akibatnya sama ada keputusan anda betul atau salah.
4. Yakin, tegas dan bukan bongkak, percaya dengan sesungguhnya terhadap kebolehan diri untuk berprestasi dengan baik; ini bererti anda tidak akan tergugat dengan tekanan yang menjelma dari keadaannya atau pun dari pemain2.
5. Perlu mengekalkan tumpuan perkara2 berkaitan dengan permainan dan berkebolehan untuk 'padamkan' apa jua tekanan yang datang menimpa.

.....bersambung

29 January 2011

Salam,

Tuan/Puan

LATIHAN KECERGASAN PENGADIL/PERCUBAAN UJIAN KECERGASAN

Merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada semua pengadil bahawa latihan kecergasan/percubaan ujian kecergasan pengadil secara berpusat akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 01/02,03/02,dan 04/02-2011-di stdm cheras klfa jam 08.30 pagi

Tarikh : 02/02/2011 di stdm cheras jam 17.30 ptg

Kehadiran : Semua Pengadil berdaftar dengan KLFA (semua pengadil kebangsaan wajib hadir)

Sehubungan dengan itu diminta kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan program ini. Kehadiran bagi pengadil kebangsaan adalah wajib dan rekod kehadiran tuan/puan akan diserahkan kepada Ketua Unit Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM).

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Adam shah meerah hussin