08 November 2011

KLFA League Standing for October







Bermula bulan ini dan sehingga selesai musim 2011 liga KL pada tahun ini, pihak KLFAREF.Blog akan berusaha untuk menyiarkan kedudukan bagi pasukan-pasukan yang bertanding didalam KLFA League bermula dengan Premier sehinggalah ke Division 2. Ini bertujuan kepada para pengadil KLFA sebagai rujukan dan peka terhadap perkembangan pasukan-pasukan didalam liga KL juga sebagai pengetahuan kepada pengunjung blog KLFAREF tentang liga KL serba sedikit.
Untuk masa hadapan jika ingin mengetahui kedudukan pasukan-pasukan didalam liga KL sila lah lawati www.klfaref.blogspot.com ..;-)

01 November 2011

Ujian Bertulis Kelas II FAM 2011


Seramai 17 orang calon berdaftar dari Pengadil KLFA telah mengambil ujian Kelas II FAM yang diadakan pada 29 Oktober 2011 yang lalu bertempat di Stadium Bolasepak Cheras. Selain dari pengadil-pengadil KLFA, ujian ini juga telah disertai pengadil-pengadil dari N9 seramai 8 orang calon. Bagi membantu calon-calon menduduki ujian tersebut, PPPKL @ En Madjan telah pun menganjurkan kelas bermula 24hb sehingga 27hb Oktober bermula jam 8.00 malam bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan Law Of The Game (LoG). Kelas ini telah dikendalikan oleh En Zainal Abidin Bin Yaacob sebagai Pengajar dari FAM. Antara kandungan kelas yang diberikan ialah Undang-undang 1 - 17, situasi kesalahan dan teknik-teknik menjawab soalan dengan betul. Rata-rata calon memberikan reaksi positif terhadap kelas yang dijalan kan dan menganggap ianya adalah satu langkah yang baik dalam membantu calon-calon yang layak untuk lulus dengan cemerlang dan berharapkan kelas-kelas sebegini bukan hanya dibuat untuk ujian semata-mata, tetapi boleh dijalan sebagai ulangkaji kepada pengadil-pengadil baru dan senior.

Kepada calon-calon yang layak menduduki ujian tersebut Pihak Pengadil KLFA mengucapkan selamat berjaya dan lulus dengan cemerlang. semoga apa yang diusahakan akan membuahkan hasil yang memuaskan. Juga tidak dilupakan pada Disember 2011, akan diadakan pula Ujian Kelas I FAM. segala pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan En Madjan selaku Pegawai Pembangunan Pengadil KLFA.