26 July 2012
Widiya Habibah ke Olimpik 2012
Ramai yang tidak tahu atau tidak sedar, pencapaian pengadil wanita di Malaysia sebenarnya boleh dibanggakan. Pengadilan di Malaysia, rasanya ramai yang kenal dengan saudari Widiya Habibah Bte Shamsuri, pengadil yang berdaftar dibawah Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur. Beliau yang lahir pada 29 Mei 1977 dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini memulakan karier antarabangsa sebagai Pengadil FIFA sejak 2005. Selain bertugas di peringkat tertinggi di Liga Tempatan, antara pengalaman yang pernah beliau lalui ialah tugasan di Piala Dunia Wanita pada 2011 yang diadakan di Jerman dan juga Sukan Olimpik pada 2008 yang ketika itu berlangsung di Beijing,China. Bermakna, ini adalah kali kedua beliau bertugas di Sukan Olimpik.
Bagi acara Bolasepak wanita akan bermula pada 25 julai sehingga 9 Ogos 2012. Dan kita dapat saksikan penampilan beliau di Hampden Park Stadium semasa perlawanan dalam kumpulan G antara USA vs France, yang mana perlawanan ini dapat disaksikan secara live di Astro824. Diharap selepas ini beliau akan bertugas sehingga ke Final. Berikut adalah senarai Pengadil wanita dari Asia yang akan bertugas sepanjang acara bolasepak wanita akan berlangsung :Pengadil : HONG Eun Ah - Korea Republic, YAMAGISHI Sachiko - Japan Penolong Pengadil : HO Sarah - Australia, FLYNN Allyson - Australia, KIM Kyoung Min - Korea Republic dan SHAMSURI Widiya Habibah - Malaysia.
Sempena kejayaan ini, pihak Unit Pengadil Persatuan Kuala Lumpur di bawah kelolaan Encik Ahmad Zaini Bin Wan Lah aka Madjan telah mengadakan satu majlis makan-makan bagi meraikan beliau. Majlis yang diadakan di Restoran ChiangMai, Bukit Jalil pada 11 Julai (Rabu) dimeriahkan dengan kehadiran Pengadil-pengadil kebangsaan dan beberapa Penilai Pengadil. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Bakar yang turut hadir pada malam tersebut. Sebelum majlis bersurai, sebagai sokongan dan galakan, Cikgu Nik Ahmad Yaakob dan Cikgu Zainal Abidin telah memberikan panduan dan kata-kata semangat kepada beliau agar menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.
Kami Warga Pengadil mengucapkan TAHNIAH dan SEMOGA MAJU JAYA kepada WIDIYA HABIBAH SHAMSURI.
Subscribe to:
Posts (Atom)