Bulan Ramadhan buat kali pertama di Maldives. Setiap orang bertemu akan mengucapkan "Ramazan al Mubarik" iaitu selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Masuk hari kedua di bumi orang. Dari solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak di mesjid penuh dengan jemaah. Solat tarawikh juga penuh tapi lepas 8 rakaat, separuh hilang.
Di Male' aktiviti sukan seperti biasa cuma masa saja berubah. Kalau bulan biasa, lepas saja waktu isyak, pertandingan futsal bermula. Tapi mulai 23 Aug hingga 3 Sept, pertandingan Futsal bermula ja 4 - 6 petang (2 perlawanan), ada pulau pula memohon diadakan kursus pengadil dalam bulan ini juga. Di pejabat waktu kerja berubah dari 8.00 -3.30 tukar jadi 9.00 - 1.30. Itu pun ada yang ghaib kononnya coffee break. Ini ibarat bagi betis nak peha.
Ujian fitness untuk pengadil FIFA sudah diselesaikan dan semua lepas. Bayangan berlari di atas permukaan pasir? Tahun kurang sikit tension mengurusnya kerana lulus. Kalau tidak degilnya Tuhan saja yang tahu. kalau di Malaysia, pengadil yang membantah dah lema diberi surat pencen. InsyaAllah 17 September balik ke Malaysia untuk Raya Idul Fitri. Bulan Oktober akan menjalankan kursus asas pengadil untuk pulau Male'. Ini saja satu cara untuk menambahkan bilangan pengadil dan mengurangkan masalah dari pengadil tempatan kerana bilangannya kurang - pengadil boleh 'demand'.
Mudah-mudahan Syawal akan membawa lembaran baru dalam scenario pengadil di Male'
Terima kasih kepada Rodzali Yacob kerana telah mengusahakan buku Undang-undang terbaru buat kawan-kawan. Maaf kalau ada yang tersinggung, kalau tersinggung padan muka????
23 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment