31 March 2011

X-Factor

Pengadil yang berusaha gigih dalam kecergasan fizikal, mahir dalam undang-undang permainan dan pelaksanaannya, pengurusan manusia dan keadaan genting dan kemahiran-kemahiran lain sering mempamerkan persembahan individu ke tahap yang tidak dapat dicapai oleh rakan lain. Faktor apa yang membezakannya? Mereka ini boleh mengatasi tekanan-tekanan mental sesuatu perlawanan yang genting.
Tekanan mental sebenarnya datang dari dalaman individu. Persepsi mereka terhadap situasi2 dalam permainan yang menyebabkan tekanan. Oleh kerana ia berasal dari dalaman maka ia boleh dikawal. Kemahiran ini boleh dilatih dan dimahirkan. Kemahiran mental pada pengadil adalah keupayaannya untuk memberikan tumpuan kepada permainan dan mengabaikan gangguan2 dalaman dan luaran. Dengan itu dapat melaksanakan undang-undang dengan betul dan tepat pada setiap situasi.
Pengadil yang unggul diharapkan tenang ketika dalam tekanan, emosinya terkawal, yakin, peka mentalnya dan bersikap positif dalam pendekatannya terhadap perlawanan. Pengadil yang baik tidak mengelak tekanan, menerimanya ia sebagai sebahagian dari permainan di setiap peringkat, yakin bahawa diri mempunyai kemahiran untuk mengatasi situasinya. Tekanan sebenarnya bukan suatu ancaman tetapi suatu cabaran yang dialu-alukan. Beberapa panduan berikut boleh diamalkan:
1. Tidak perlu resah dengan tekanan dari pemain2 terhadap keputusan anda, mereka bukan marah anda (mereka tidak kenal anda) mereka kecewa dengan jersi referee anda, peranan dan kuasa yang yang ada padanya
2. Usah tunjukan kemarahan, ketakutan, emosi yang negatif. Emosi yang seharusnya ditunjukkan ialah keseronokan.
3. Perlu kental dalam membuat keputusan, bertanggungjawab terhadap kesan dan akibatnya sama ada keputusan anda betul atau salah.
4. Yakin, tegas dan bukan bongkak, percaya dengan sesungguhnya terhadap kebolehan diri untuk berprestasi dengan baik; ini bererti anda tidak akan tergugat dengan tekanan yang menjelma dari keadaannya atau pun dari pemain2.
5. Perlu mengekalkan tumpuan perkara2 berkaitan dengan permainan dan berkebolehan untuk 'padamkan' apa jua tekanan yang datang menimpa.

.....bersambung

No comments: