25 October 2011

Latihan dan Pra-ujian Kecergasan Siri 1





Bertarikh 23 Oktober 2011-Ahad telah diadakan satu latihan dan pra-ujian kecergasan bagi pengadil-pengadil yang berdaftar dengan KLFA di Stadium Bolasepak Cheras. Dengan kehadiran pengadil yang sangat memberangsangkan ini akan menjadi satu galakan kepada pengadil-pengadil yang tidak dapat hadir. Bermula jam 07.45 pagi, setiap peserta mendaftarkan diri akan diberikan satu baju latihan yang akan digunakan setiap kali latihan dan pra-ujian kecergasan untuk masa-masa akan datang. Baju ini adalah atas inisiatif tuan PPPKL iaitu En Ahmad Zaini Bin Wan Lah a.k.a En Madjan yang mahukan keseragaman, bukan hanya di padang tetapi juga semasa Majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh KLFA mahupun FAM. Dengan usaha itu juga, pihak KLFA melalui PPPKL telah memberikan sumbangan baju korporat dan baju T-Shirt berkolar kepada semua pengadil-pengadil yang berdaftar. Ini adalah satu titik mula kearah perpaduan didalam kem pengadil didalam semua hal.Perkara ini telahpun ditekankan kepada pengadil-pengadil didalam mesyuarat Pengadil Kebangsaan KLFA pada 19 Okt yang lalu yang mana pengadil-pengadil KLFA haruslah menunjukkan satu imej yang baik dari semua segi kepada pihak luar. seterusnya dengan apa yang diusahakan ini akan mengangkat lagi martabat dan imej pengadil KLFA pada pandangan umum.
berbalik kepada sesi latihan, ucapan jutaan terima kasih kepada Jurulatih kecergasan kita iaitu En. Adam Shah Meera Hussin atas kesudian beliau mengetuai sesi latihan pada hari tersebut. Bermula dengan ujian speed 60 meter dan diikuti ujian kecergasan bagi pengadil Kebangsaan KL dengan masa 30 saat x 35 saat. Kepada Pengadil-pengadil yang berjaya melepasi ujian tersebut tahniah diucapkan dan teruskan berlatih, dan kepada yang tidak berjaya, lebihkan usaha dan latihan dan jangan berputus asa. biar kita gagal hari ini kerana sasaran PPPKL bagi pengadil-pengadil KLFA adalah pada Disember di Lumut.Beliau mahukan Pengadil-pengadil KLFA memberikan satu keputusan yang cemerlang di Lumut nanti. itulah harapan beliau ucapkan semasa perjumpaan pengadil tempohari. seterusnya latihan diteruskan lagi dengan ujian bagi pengadil-pengadil kelas 2 dan 3. catatan masa masa ujian ini ialah 35 saat x 45 saat, dan hasilnya adalah amat menggalakkan kerana kebanyakkannya berjaya menghabiskan 10 pusingan. Syabas !!!...selesai latihan, sesi diteruskan lagi dengan penerangan dari En Khalid berkenaan panduan mengisi borang laporan bagi liga KLFA. Dengan penerangan yang secara teratur dan padat, diharapkan dapat membantu para pengadil menjalankan tugas dengan baik. Sesi pada hari tersebut diakhiri dengan jamuan ringan.
Semoga kita berjumpa lagi pada sesi Latihan dan Pra-Ujian pada masa akan datang..SYABAS semua !!!...

No comments: