28 September 2009

Perlawanan Bolasepak Persahabatan

Satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara Pengadil Bolasepak Kebangsaan Malaysia dan Pengadil Bolasepak Singapura akan di adakan pada hari Jumaat 02 Oktober 2009 jam 3 petang bertempat di Wisma FAM, Kelana Jaya sebagai memperingati Allahyarham Nazri Abdullah dan Kapt (B) Abd Halim Hamid. Sehubungan dengan itu semua Pengadil-pengadil di jemput hadir untuk memberi sokongan

11 September 2009

Selamat Menyambut Lebaran



Assalamualaikum dan salam sejahtera... kepada pengunjung blog ini anda dialu-alukan untuk meninggalkan pesanan/ucapan selamat hari raya kepada member-member pengadil ....... terima kasih

07 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Pengadil KLFA

Rujuk kepada perjumpaan pada 6hb Sept 09, Semua pengadil yang hadir telah bersetuju untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan bayaran di kenakan sebanyak RM 15 (Ringgit Malaysia Lima Belas Sahaja) . Ia akan di adakan pada 10 Sept 09 di Std KLFA. Atur cara majlis seperti berikut:

1830 - Semua pengadil berkumpul
1925 - Berbuka (bawa sendiri)
1930 - Solat Maghrib (berjemaah)
1940 - Jamuan ala kampung (disediakan)
2030 - Solat Isya' dan terawih (berjemaah)
2145 - Tahlil ringkas
2200 - Jamuan More
2245 - Majlis di jangka selesai

Kepada rakan-rakan pengadil di jemput hadir, untuk maklumat lanjut sila hubungi
Cikgu Norhasni (0192330020)

02 September 2009

Perjumpaan Pengadil Kuala Lumpur

Perjumpaan pengadil-pengadil bolasepak Kuala Lumpur akan di adakan di Std KLFA pada 6hb Sept 2009 jam 0200 petang, kehadiran adalah di wajibkan. Maklumat lanjut sila hubungi Pengarah Pembangunan Pengadil Kuala Lumpur

25 August 2009

23 August 2009

Salam Ramadhan al Mubarak

Bulan Ramadhan buat kali pertama di Maldives. Setiap orang bertemu akan mengucapkan "Ramazan al Mubarik" iaitu selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Masuk hari kedua di bumi orang. Dari solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak di mesjid penuh dengan jemaah. Solat tarawikh juga penuh tapi lepas 8 rakaat, separuh hilang.
Di Male' aktiviti sukan seperti biasa cuma masa saja berubah. Kalau bulan biasa, lepas saja waktu isyak, pertandingan futsal bermula. Tapi mulai 23 Aug hingga 3 Sept, pertandingan Futsal bermula ja 4 - 6 petang (2 perlawanan), ada pulau pula memohon diadakan kursus pengadil dalam bulan ini juga. Di pejabat waktu kerja berubah dari 8.00 -3.30 tukar jadi 9.00 - 1.30. Itu pun ada yang ghaib kononnya coffee break. Ini ibarat bagi betis nak peha.
Ujian fitness untuk pengadil FIFA sudah diselesaikan dan semua lepas. Bayangan berlari di atas permukaan pasir? Tahun kurang sikit tension mengurusnya kerana lulus. Kalau tidak degilnya Tuhan saja yang tahu. kalau di Malaysia, pengadil yang membantah dah lema diberi surat pencen. InsyaAllah 17 September balik ke Malaysia untuk Raya Idul Fitri. Bulan Oktober akan menjalankan kursus asas pengadil untuk pulau Male'. Ini saja satu cara untuk menambahkan bilangan pengadil dan mengurangkan masalah dari pengadil tempatan kerana bilangannya kurang - pengadil boleh 'demand'.
Mudah-mudahan Syawal akan membawa lembaran baru dalam scenario pengadil di Male'
Terima kasih kepada Rodzali Yacob kerana telah mengusahakan buku Undang-undang terbaru buat kawan-kawan. Maaf kalau ada yang tersinggung, kalau tersinggung padan muka????

14 August 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Pengunjung Blog ini adalah di alu-alukan untuk membuat ucapan di ruangan komen....