03 July 2009

Skim Khairat Kematian


Sila Klik gambar untuk maklumat lanjut

30 June 2009

Perjumpaan Bulanan

Perjumpaan bulanan Pengadil Bolasepak Kuala Lumpur pada 01 Julai 2009 jam 8 malam di Std KLFA, Cheras. Taklimat mengenai Elaun musim 07/08. Semua Pengadil di kehendaki hadir untuk mengelakkan kekeliruan...Sila hebahkan kepada Pengadil yang lain....terima kasih

24 June 2009

Brazil vs Egypt



Pendapat anda?

22 June 2009

Simpati pada Masa yang Salah - Mengurus Kecederaan


Undang 5 (Pengadil) menyatakan bahawa adalah tugas pengadil untuk memberhentikan permainan, jika pada pendapatnya, seorang pemain itu tercedera parah dan pastikan dia dikeluarkan dari padang permainan dan untuk memastikan pemain yang berdarah lukanya keluar dari padan permainan. Pemain hanya boleh masuk semula setelah pengadil puashati bahawa pendarahan itu telah berhenti. Perkara ini juga telah diberi tekanan dalam pindaan undang-undang FIFA terbaru – untuk memberhentikan permainan kerana kecederaan yang parah.

Ramai pengadil dengan rasa simpati memberhentikan permainan tetapi pada masa tidak sepatutnya dan mengecewakan pasukan yang sedang membuat serangan ke arah gol pasukan lawan. Apa sebenarnya ialah “kecederaan yang parah atau serius”? Walaupun pengadil akan terlepas dengan mengatakan “pada pendapat saya” tetapi logik akal (common sense) memberitahu bahawa kejang otot bukan cedera parah. Suatu pelanggaran ringan kepada kaki, kepala atau badan atau terbaring untuk berehat sebentar setelah ditakel atau keletihan juga bukan. Memberhentikan permainan pada ketika yang salah akan memberikan ide kepada jurulatih dan pemain untuk menggunakan kelemahan ini bagi melambat-lambatkan permainan atau sebagai taktik membuang masa agar mengganggu rentak serangan pasukan lawan. Sebenarnya, sesetengah jurulatih dan pemain telah pun mengamalkan taktik ini dengan bantuan pengadil. Pemain setelah terjatuh dan melihat bahawa pasukan lawan masih membuat serangan ke arah golnya akan terus berada di bawah dengan harapan pengadil yang tertipu (maaf) akan memberhentikan permainan dan kemudiannya memulakan semula permainan dengan jatuhan bola.
“Logik bola” atau logik akal perlu diambil kira ketika membuat keputusan sama ada sesuatu kecederaan itu parah/serius atau tidak. Kesan ketika dua pemain berlanggar sesamanya atau teruk mana sesuatu takel itu, kepala berlaga, ‘bunyi retak’ ketika sesuatu kesalahan berlaku, pemain berdarah atau dua pemain rebah dan tidak bergerak setelah suatu perlanggaran, adalah beberapa kejadian lazim sebagai contoh kecederaan parah. Jika pemain tercedera ringan walaupun masih memegang pergelangan kaki atau lututnya hendaklah digalakkan bergerak keluar dari padang permainan semasa bola dalam permainan atau ketika sesuatu pemberhentian. Pasukan-pasukan yang ikhlas mahukan pengadil pengadil menggalakkan “fair play” seharusnya menyokong tindakan pengadil untuk meneruskan permainan ketika pemain tercedera ringan walaupun masih terduduk tidak akan menjerit dengan kemarahan, terutamanya ketika pasukannya sedang diserang oleh pasukan lawan. Inilah sebenarnya “FAIR PLAY” yang tulin!

Penalti....



Yer ker ni?

21 June 2009

Membetulkan Kesilapan dalam Permainan


Ketepatan keputusan pengadil bergantung kepada penglihatannya terhadap kejadian ketika berlaku, kefahaman dan interpretasi undang-undang serta kejadian itu, kedudukan yang hampir dan kehadirannya yang dirasai, tiupan wiselnya dan ketegasan serta keberanian dalam pendekatannya ke arah insiden itu.
Oleh yang demikian, seringkali insiden ini yang dilihat oleh pegawai perlawanan denga pegawai pasukan berbeza. Kedudukan orang yang melihat – hampirnya dia dengan permainan, selari dengan permainan (terutama untuk keputusan ofsaid, juga bola di luar atau di dalam permainan) dan sudut penglihatan dan perspektif oleh pegawai perlawanan dan pegawai pasukan; adalah factor yang membezakan pendapat.
Kadang kala, pengadil melakukan kesilapan dan prosedur komunikasi dan kerjasama penolong pengadil dan pegawai keempat membenarkan pengadil memperbetulkan kesilanan ini. Undang-undang menyatakan bahawa pengadil boleh menukar keputusannya selagi permainan belum dimulakan semula. Tanggungjawab utama di sini adalah untuk mengelakkan kesilapan yang serius berlaku. Sesuatu keputusan apabila telah dibuat, diumumkan dan mungkin dilaksanakan sebahagiannya akan mendatangkan cabaran dan tekanan terhadap pegawai perlawanan jika sesuatu yang berbeza kemudiannya perlu dilakukan.
Di antara kesilapan-kesilapan besar yang perlu pegawai perlawanan elakkan ialah: gagal memberikan kad merah setelah memberikan kad kuning kedua; memberi kad kepada pemain yang salah; member kad yang salah kepada pemain; gagal menghukum kelakuan “batu api”yang berlaku dalam kejadian tindak balas; sesuatu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang permainan atau peraturan pertandingan tempatan; pengesahan jaringan yang tidak betul/tepat atau kelakuan ganas yang telah berlaku yang membawa kepada salahlaku kelakuan-kelakuan yang mungkin mengancam. Keputusan sama ada sesuatu insiden itu salah atau tidak, suatu jaringan atau tidak tidak boleh diubah setelah permainan telah dimainkan semula tetapi tindakan disiplin kepada mana-mana pemain masih boleh diperbetulkan setelah menyedari kesilapan itu pada pemberhentian berikutnya. Contohnya, kad amaran telah salah diberi kepada seorang pemain, kad yang salah kepada pemain, pemain yang menerika kad kuning kedua tetapi belum dikeluarkan dari padang permainan, apa jua salah laku kelakuan yang berlaku di luar penglihatan pengadil atau pengadil belum memberikan hukuman. Untuk kesilapan-kesilapan ini , menarik perhatian pengadil apabila ada peluang yang awal kerana maklumat yang diberi membolehkan pengadil untuk memperlihatkan ketegasan dan kuasanya melalui strategi pengurusan pemain. Adalah lebih baik lewat dari tidak dan ia adalah suatu kesilapan yang serius untuk membenarkan pemain yang sepatutnya diperintah keluar untuk meneruskan permainannya. Dua kesilapan tidak akan menjadi suatu yang betul.

20 June 2009

Memainkan Bola atau Kaki


Insiden ini lazim kelihatan di semua perlawanan yang agak sengit. Pengadil, jurulatih, pegawai pasukan dan penonton melihatnya dari pelbagai perspektif yang berbeza. Jurulatih, pegawai pasukan dan penonton biasanya, ingin melihat sesuatu keputusan itu berpihak kepada pasukannya. Pengadil pula tidak melihat dengan berpihak kepada mana-mana pasukan tetapi adalah menjadi tugasnya untuk menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan betul.
Apakah yang menjadikan keputusan itu betul?
Keputusan pengadil dipengaruhi oleh beberapa faktor: posisinya, kejelasan insiden yang dilihat, jangkaan bahawa takel itu akan berlaku, kebolehannya untuk menggambarkan dan melihat di celah-celah kedua-dua pemain itu dan keberaniannya untuk membuat keputusan.
Jika pemain itu memainkan bola dahulu, kemudian pemain lawan melanggar kakinya dan terjatuh, takel itu dianggap sebagai sah, bersih dan betul. Jika pemain itu memainkan kaki pemain lawan dahulu sebelum bola atau kedua-duanya serentak, keputusan yang betul ialah menghukum takel itu. Insiden ini boleh dianggap sebagai membentes atau menendang pemain lawan dan akan dihukum dengan satu sepakan percuma terus kepada pasukan lawan ataupun sepakan penalti jika berlaku di dalam kawasan penalti pemain yang bersalah itu.
Bukan semua kesalahan sedemikian akan dihukum dengan kad (kuning atau merah). Jika takel itu dianggap cuai atau lalai (cuba memainkan bola, terlepas dan memainkan kaki pemain lawan dahulu), tiada kad diberi. Jika pemain yang cuba membuat takel secara bahaya atau gegabah tanpa menghiraukan keselamatan pemain lawan, kad kuning akan diberi kerana tiada semangat kesukanan dalam permainannya. Jika takel itu menafikan suatu serangan yang baik, kad kuning juga akan diberi kerana sebab yang sama.
Kad merah atau perintah keluar adalah hukuman, jika pemain menggunakan daya yang berlebihan dan bermain dengan ganas atau secara agresif. Dia diperintah keluar kerana bermain dengan amat kasar atau berkelakuan ganas.
Sebagai panduan kepada pengadil, bergerak ke dalam posisi yang betul (boleh melihat di celah-celah pemain) dengan pantas atau kalau boleh lebih awal, berada lebih hampir dengan insiden (terlalu hampir akan menjejaskan penglihatan), baca niat pemain yang berlari denga bola dan juga pemain pertahanan menghampirinya (pemain pertahanan kemungkinan membuat takel yang tepat atau mengkasari pemain lawan dan penyerang kemungkinan dikasari atau ditakel atau cuba melompat/merebahkan diri untuk mengelak atau menipu). Tempat berlakunya kejadian tidak seharusnya mempengaruhi keputusan anda namun ketika permainan menghampiri kawasan penalti, tumpuan yang lebih hendaklah diberi kepada permainan. Ketika membuat keputusan, pemikiran hendaklah terbuka (tiada prejudis atau memihak) baca niat pemain, timbangkan tahap seriusnya kesalahan itu dan membuat keputusan dengan segera sama ada hukuman lanjutan (amaran lisan, kad kuning atau merah) ketika wisel diletakkan di mulut. Ini tidak akan membenarkan faktor-faktor lain mempengaruhi keputusan dan hukuman anda. Lakukannya dengan betul, adil dan mengikut kemampuan terbaik anda - ini akan menyebabkian diri lebih dihormati oleh semua.