11 June 2009

Kesilapan Pengadil pada Detik-detik Akhir

Dari statistik yang diperolehi melalui laporan penilai pengadil adalah didapati bahawa kebanyakan insiden dan kesilapan pengadil berlaku pada 15 minit terakhir perlawanan. Insiden kad merah tidak diberi dengan betul, beberapa kad kuning diberi berturutan dalam suatu masa yang singkat – beberapa kad perlu dilayangkan untuk mengawal keadaan yang menjadi liar, pengadil tidak memberikan keputusan yang betul ketika berlakunya kesalahan atau insiden, pemain-pemain diberi amaran kerana membantah, meniupkan wisel untuk kesalahan sedangkan peluang jaringan atau serangan yang jelas wujud dan dinafikan, insiden ofsaid terlepas pandang – sama AR tidak melihat atau pengadil tidak lihat bendera AR – beberapa contoh sebagai mukadimah.
Pernahkah anda memikirkan sebab-sebab atau punca-punca berlakunya insiden ini? Dalam penailaian kendiri (jika dijalankan) adakah anda terfikir atau kenalpasti penyebabnya? Sesetengah akan terpinga-pinga dan masih terkiai-kiai mencari jawapannya. Izinkan saya mengutarakan beberapa kemungkinan yang anda mungkin mahu memberikan pertimbangan agar mempunyai persediaan yang lebih baik untuk perlawanan-perlawanan di masa depan.
Sesetengah kesalahan sama ada berat atau ringan pada peringkat awal perlawanan seringkali dibiarkan atau tidak ditangani dengan teliti. Api semasa kecil menjadi kawan tapi bila besar menjadi lawan. Amaran keras atau lisan boleh bantu untuk mengurangkan kemarahan atau pergeseran. Mengenali nama dan memanggil pemain dengan nama juga boleh memendamkan kemarahan. Bantahan atau cemuhan lisan jika tidak ditangani dengan bijak dengan amaran keras atau kad kuning awal akan akhirnya menyebabkan pemain-pemain tidak menghormati keputusan pengadil dan terang-terang menunjukkan bantahan kepada pegawai perlawanan. Sesetengan pemain yang mempunyai sikap yang buruk hendaklah dilihat sebagai suatu ancaman kepada permainan dan jika pengadil membiarkan pemain ini “bermaharajalela” ia akan mencetuskan masalah-masalah yang lain.
Kurang tumpuan boleh berlaku apabila pengadil mula rasa selesa (complacent) – terasa puas terhadap keputusan atau prestasinya atau kedudukan jurang jaringan yang besar. Ketika permainan menjadi lebih keras atau sukar, kita hendaklah bertambah keras dan tabah. Jika pengadil bersedia atau gagal untuk menjangkakan perkara yang tidak dijangkakan, mereka akan tergamam ketika perkara di luar kawalannya berlaku dan akan dilihat seolah-olah teragak-agak atau tidak pasti dengan keputusannya. Ungkapan yang menyatakan, “ ketika semua berjalan dengan lancar, tentu saja ada perkara yang kita terlepas pandang”. Kadang-kala keletihan pengadil pada penghujung perlawanan atau diganggu oleh bantahan-batanhan bertali arus, rayuan dan juga konftontasi yang menjadikan pengadil tegang atau stres, ini adalah masa di mana dia akan melakukan kesilapan atau hilang tumpuan, tidak melihat perkara yang sepatutnya dia lihat (di depannya), tidak mengambil tindakan yang tepat atau tegas, terlepas isyarat bendera penolong pengadil dan insiden-insiden lain, mungkin kecil atau besar yang mungkin merosakkan prestasinya dan mempengaruhi keyakinan pemain, pegawai pasukan dan juga penonton terhadap keputusannya. Ramai penilai pengadil menasihatkan agar pengadil lebih berhati-hati atau berwaspada pada detik-detik terakhir perlawanan. Bergerak lebih hampir untuk memperolehi keyakinan pemain dan sentiasa mengawasi sesuatu insiden apabila berlaku. Ini akan membantunya untuk meningkatkan keyakinan diri semula dan jesteru itu prestasinya.

Disediakan oleh: Amir Sharifuddin Wong (FA Maldives)

1 comment:

referee dara said...

Assalamualaikum.. semoga berada di dalam kesejahteraan....


sebelum sesuatu perlawanan saya akan sentiasa buat homework.. sbg cth mengetahui sejarah pasukan yg akan berlawan, mengetahui taktik2 yg selalu digunakan oleh pasukan yg terlibat, dll saya memohon jasa baik cikgu agar dapat memberi idea dan menulis di blog ini apakah persediaan2 yang patut kita buat selepas kita menerima lantikan untuk mengadili sesuatu pertandingan/perlawanan... tq