pengadil boleh mengubah keputusannya selagi bola belum dimainkan semula.pada pendapat saya 'teameork' referee pada game tersebut begitu baik kerana pada permulaan 'insident' referee telah membuat keputusan untuk memberi tendangan sudut, tetapi semasa referee melihat kecederaan pemin eygpt, beberapa orang pemain dari pasukan brazil telah membantah keputusan tersebut.. setelah referee membuat perbincangan dengan pembantu2 beliau (dapat dilihat apabila referee memegang telinga beliau) referee telah mengubah keputusannya dengan memberikan tendangan penalti dan memberikan kad merah kepada pemain yang cedera kerana mengagalkan satu jaringan dibuat.
Setuju dgn pandangan ref dara.... Apa kata kalau ref tu tak pakai benda yang kat telinga tu.... mau masuk peti sejuk ler nampak nya... en. subkhidin boleh beri ulasan sikit kot......
Laporan awal yang kita baca dalam paper kata repri ubah keputusannya selepas berbincang dengan pengadil simpanan yang tengok rakaman video insiden itu. Macam tak logiknya jer kan?
Satu keputusan yang tepat telah dilakukan oleh Pengadil dengan memberi sepakan penalti dan perintah keluar (kad merah) pemain yang telah menggagalkan satu jaringan. Pembantu Pengadil juga telah memberi kerjasama yang baik terhadap Pengadil tentang keputusan tersebut.
sekarang saya memikirkan ...... jika insiden yang agak sama berlaku kepada kita di perlawanan yang sedang kita adili...
adakah kita berani untuk membuat perkara yang sama..???,, cuba fikirkan kalau liga tempatan (liga KL) semua bermain di padang terbuka.. agak2 boleh ke kita balik ke rumah dengan selamat.... walaupun bermain di padang kem batu kantomen.... beranikah kita mengubah keputusan itu?????....
juga kita fikir2 tengok kalau lah perlawanan yang kita kendalikan tu di stadium kota bharu... pemain pasukan kelantan yang kena kad merah dan penalti..... beranikah kita.....
kalau di afrika tu memang aar berani.... kawalan keselamatan cukup.... kalau di stadium kota bharu belum tentu berani.... ada kawalan pun penonton tetap merusuh.... tapi kalau di Liga KL ???????????(lagi2 kalau geng kunju main) cakap memang senang bro....... tapi ......
saranan saya berani biar bertempat... kita kena fikirkan juga keselamatan kita.... memang betul berani kerana benar, tetapi kalau pasal bola kita nak berkorban... sampai hilang masa depan..... cam na tu....
mintak orang2 atau cikgu amir sarifuddin wong yang berpengalaman komen sikit.... perbezaan antara membuat keputusan di liga kelolaan FIFA,Kebangsaan dan Liga Tempatan..
Pada pendapat saya, pengadil sendiri telah melihat insiden itu dan permainan telah diberhentikan. Keputusannya tepat. Pengadil boleh menjeling ke arah penolong pengadil jika ada isyarat yang diberi dan tidak perlu pergi kepadanya. Ini hanya memindahkan tanggungjawab kepada orang lain. "Decisiveness" dalam membuat keputusan yang memberi keyakinan kepada pemain. Di padang lain? Jika pengadil buat keputusan sedemikian tanpa perlu 'consultl PP, insyaAllah dia selamat. Ini menunjukkan dia lihat, yakin dan buat keputusan tanpa was-was. Ref 'DARA" - kalau takut taufan dan badai, jangan buat rumah di tepi pantai.
terima kasih.... cikgu... atas pendapat tu..... tetapi masih bermain di kepala ni .... kenapa pada mulanya.... referee tu tunjukkan isyarat tendangan sudut cikgu?......
Salam.Maaf! saya tak sempat menonton tayangan live perlawanan itu. Pendapat saya berdasrkan clipping yang ada. Kalau ikut clipping takde sebab mengapa tendangan penjuru diberi. Pendekkan cerita (ada yang terasa pula!)adalah elok kita belajar dari kesilapan atau kehebatan orang lain. Dengan itu, bolehlah kita lebih hebat lagi.
Isunya di sini, repri telah menyedari kesilapan yang telah dilakukannya. Undang-undang membenarkan repri mengubah keputusannnya sebelum permainan dimulakan semula.
Jika repri lebih mementingkan risiko kena kejar ke... kena hambat ke... kena tutoh ke...... lalu mengekalkan keputusan asal, adakah adil kepada pasukan yang satu lagi?
Untuk menjadi seorang pengadil yang hebat dan baik, tolak tepi faktor di mana kita main. Kelantan ke... kunju... apa ke... salah tetap salah dan perlu diambil tindakan.
Saya bersetuju dengan anda bahawa, keselamatan diri sendiri adalah keutamaan kita. tetapi saya juga berpendapat, sebagai pengadil, kita perlu menanggung apa jua risiko yang bakal menjelma. Tak kira la lari sampai tasik titiwangsa ke...lari lompat longkang ke... Yang penting, keputusan yang dibuat itu tepat dan betul.
Anda ada bertanya " perbezaan antara membuat keputusan di liga kelolaan FIFA,Kebangsaan dan Liga Tempatan"...
Camni, walaupun di mana jua kita buat game, tak kiralah masyuuuk ke... presiden ke... apa ka... keputusan itu mesti sama dan menepati dengan kehendak semangat undang-undang itu sendiri.
Ref dara sayang, itu mungkin betul bagi insiden yang tak berapa clear atau 50-50. Tapi kalau dah satu malaya kompom penalti, tanak bagi penalti gak ke?
Cuba bayangkan kemungkinan ini.... Time main di kelantan, anda banyak memihak kepada pasukan tuan rumah. Senang cakap, anda 'home-team ref' lah.
Kemdian anda buat game Selangor lwn Kelantan di Shah Alam. Ermmm pegawai, pemain dan penyokong Kelantan nampak je batang hidung anda terus tepuk dahi... depa kata habis la kita malam ni.... Ref ni sah beratkan selangor sebab dia ni jenis 'home team ref"....
Fikir-fikirkan lah jika ada yang berniat untuk jadi 'home team ref'....
abang tak kata mcm tu syg.... abg kata kalau sah penalti, bagi la penalti. Tak kira main kelantan ke... siam ke... iraq ke...
di pendekkan citer, jgn amalkan jadi home team ref....kalau nak main politik, pi joint PKR ke... amno ke... pas ke... dalam padang jgn nak memandai berpolitik.
Sekali berpolitik maybe terlepas, dua kali nanti terperangkap dgn masalah ciptaan sendiri
Salam dari Pulau Maldives. Seronok baca komen semua. Kesian nama2 seperti Kunju dan Kelantan! Tapi tak pe dapat pahala. mengikut pengalaman saya, pemain dan pasukan "main ikut apa yang referee bagi". Itu hakikat sebenarnya. Mana2 team pun serupa. Alhamdulillah keputusan saya diterima dengan baik di Kelantan walaupun kad merah dilayangkan. Kalau pemain main robust, ref tak control makan iakan jadi kasar, tak dikawal juga ia akan jagi ganas. Akhirnya terpaksa bagi kad kuning atau merah. Tunjukkan kewujudan kita, keputusan adil dan dilihat adil (fair and seen to be fair), amalkan dan galakkan fair play, senyum bila sepatutnya dan tegas bila diperlukan. Pemain akan hormat bila dia tahu bahawa kita cuba dan jalankan tugas dengan adil dan ikhlas. Semoga ia menjadi panduan. Semoga semua rakan referee sihat sejahtera sentiasa.
Nak jadi rep yang baik, kena buat keputusan yang sama tanpa mengira tempat. Kalau keputusan berlainan dan berbeza ikut tempat, tak lama la jadi repri.....
22 comments:
pengadil boleh mengubah keputusannya selagi bola belum dimainkan semula.pada pendapat saya 'teameork' referee pada game tersebut begitu baik kerana pada permulaan 'insident' referee telah membuat keputusan untuk memberi tendangan sudut, tetapi semasa referee melihat kecederaan pemin eygpt, beberapa orang pemain dari pasukan brazil telah membantah keputusan tersebut.. setelah referee membuat perbincangan dengan pembantu2 beliau (dapat dilihat apabila referee memegang telinga beliau) referee telah mengubah keputusannya dengan memberikan tendangan penalti dan memberikan kad merah kepada pemain yang cedera kerana mengagalkan satu jaringan dibuat.
Setuju dgn pandangan ref dara....
Apa kata kalau ref tu tak pakai benda yang kat telinga tu.... mau masuk peti sejuk ler nampak nya... en. subkhidin boleh beri ulasan sikit kot......
Laporan awal yang kita baca dalam paper kata repri ubah keputusannya selepas berbincang dengan pengadil simpanan yang tengok rakaman video insiden itu. Macam tak logiknya jer kan?
zaman dah berubah.....
dunia dah maju.....
dalam hal nie teknologi telah membantu referee tersebut semasa membuat keputusan....
1. Tgk lakonan pemain egypt yg terlibat.....dan juga penjaga gol egypt
2. Apa yg pemain no.9 egpt cakap kpd ref..... kalau dia lihat semula clip nie adakah dia setuju dgn keputusan ref....?
Satu keputusan yang tepat telah dilakukan oleh Pengadil dengan memberi sepakan penalti dan perintah keluar (kad merah) pemain yang telah menggagalkan satu jaringan.
Pembantu Pengadil juga telah memberi kerjasama yang baik terhadap Pengadil tentang keputusan tersebut.
Apakah yang memungkinkan repri tidak melihat insiden pemain mesir menahan bola dengan lengan?
Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak terjadi kepada kita sendiri?
Repri Romeo
sekarang saya memikirkan ...... jika insiden yang agak sama berlaku kepada kita di perlawanan yang sedang kita adili...
adakah kita berani untuk membuat perkara yang sama..???,, cuba fikirkan kalau liga tempatan (liga KL) semua bermain di padang terbuka.. agak2 boleh ke kita balik ke rumah dengan selamat.... walaupun bermain di padang kem batu kantomen.... beranikah kita mengubah keputusan itu?????....
juga kita fikir2 tengok kalau lah perlawanan yang kita kendalikan tu di stadium kota bharu... pemain pasukan kelantan yang kena kad merah dan penalti..... beranikah kita.....
kalau di afrika tu memang aar berani.... kawalan keselamatan cukup.... kalau di stadium kota bharu belum tentu berani.... ada kawalan pun penonton tetap merusuh.... tapi kalau di Liga KL ???????????(lagi2 kalau geng kunju main) cakap memang senang bro....... tapi ......
saranan saya berani biar bertempat... kita kena fikirkan juga keselamatan kita.... memang betul berani kerana benar, tetapi kalau pasal bola kita nak berkorban... sampai hilang masa depan..... cam na tu....
mintak orang2 atau cikgu amir sarifuddin wong yang berpengalaman komen sikit.... perbezaan antara membuat keputusan di liga kelolaan FIFA,Kebangsaan dan Liga Tempatan..
Pada pendapat saya, pengadil sendiri telah melihat insiden itu dan permainan telah diberhentikan. Keputusannya tepat.
Pengadil boleh menjeling ke arah penolong pengadil jika ada isyarat yang diberi dan tidak perlu pergi kepadanya. Ini hanya memindahkan tanggungjawab kepada orang lain.
"Decisiveness" dalam membuat keputusan yang memberi keyakinan kepada pemain.
Di padang lain? Jika pengadil buat keputusan sedemikian tanpa perlu 'consultl PP, insyaAllah dia selamat. Ini menunjukkan dia lihat, yakin dan buat keputusan tanpa was-was. Ref 'DARA" - kalau takut taufan dan badai, jangan buat rumah di tepi pantai.
terima kasih.... cikgu... atas pendapat tu..... tetapi masih bermain di kepala ni .... kenapa pada mulanya.... referee tu tunjukkan isyarat tendangan sudut cikgu?......
Salam.Maaf! saya tak sempat menonton tayangan live perlawanan itu. Pendapat saya berdasrkan clipping yang ada. Kalau ikut clipping takde sebab mengapa tendangan penjuru diberi. Pendekkan cerita (ada yang terasa pula!)adalah elok kita belajar dari kesilapan atau kehebatan orang lain. Dengan itu, bolehlah kita lebih hebat lagi.
Ref dara,
Isunya di sini, repri telah menyedari kesilapan yang telah dilakukannya. Undang-undang membenarkan repri mengubah keputusannnya sebelum permainan dimulakan semula.
Jika repri lebih mementingkan risiko kena kejar ke... kena hambat ke... kena tutoh ke...... lalu mengekalkan keputusan asal, adakah adil kepada pasukan yang satu lagi?
Untuk menjadi seorang pengadil yang hebat dan baik, tolak tepi faktor di mana kita main. Kelantan ke... kunju... apa ke... salah tetap salah dan perlu diambil tindakan.
Repri Teruna 100%
referee dara,
Leh kenalan?
owhhh...
terima kasih di atas pendapat anda semua....
saya banyak belajar daripada insiden tersebut......
dan selepas ini saya juka kena banyak belajar ilmu mempertahankan diri....
assalamualaikum......
Ref dara cun,
Saya bersetuju dengan anda bahawa, keselamatan diri sendiri adalah keutamaan kita. tetapi saya juga berpendapat, sebagai pengadil, kita perlu menanggung apa jua risiko yang bakal menjelma. Tak kira la lari sampai tasik titiwangsa ke...lari lompat longkang ke... Yang penting, keputusan yang dibuat itu tepat dan betul.
Anda ada bertanya " perbezaan antara membuat keputusan di liga kelolaan FIFA,Kebangsaan dan Liga Tempatan"...
Camni, walaupun di mana jua kita buat game, tak kiralah masyuuuk ke... presiden ke... apa ka... keputusan itu mesti sama dan menepati dengan kehendak semangat undang-undang itu sendiri.
tapi kan bang.....
dulu saya pernah terdengar referee otai cakap lebih kurang gini laa
nak mampos bagi penalti.... x balik kita nanti dari stadium kota baru .... pandai2 laa kita cari makan.....
Ref dara sayang,
itu mungkin betul bagi insiden yang tak berapa clear atau 50-50. Tapi kalau dah satu malaya kompom penalti, tanak bagi penalti gak ke?
Cuba bayangkan kemungkinan ini....
Time main di kelantan, anda banyak memihak kepada pasukan tuan rumah. Senang cakap, anda 'home-team ref' lah.
Kemdian anda buat game Selangor lwn Kelantan di Shah Alam. Ermmm pegawai, pemain dan penyokong Kelantan nampak je batang hidung anda terus tepuk dahi... depa kata habis la kita malam ni.... Ref ni sah beratkan selangor sebab dia ni jenis 'home team ref"....
Fikir-fikirkan lah jika ada yang berniat untuk jadi 'home team ref'....
kepada penonton teruna
maknanya kalau macam tu kita menipu diri sendiri.....
hati kata penalti tapi sebab main di kelantan x bagi......
kalau macam tu kira raferee ni kena kuat jugak aar main politik...
x boleh ikut buku.....
betul ke???
ref dara,
abang tak kata mcm tu syg.... abg kata kalau sah penalti, bagi la penalti. Tak kira main kelantan ke... siam ke... iraq ke...
di pendekkan citer, jgn amalkan jadi home team ref....kalau nak main politik, pi joint PKR ke... amno ke... pas ke... dalam padang jgn nak memandai berpolitik.
Sekali berpolitik maybe terlepas, dua kali nanti terperangkap dgn masalah ciptaan sendiri
Salam dari Pulau Maldives. Seronok baca komen semua. Kesian nama2 seperti Kunju dan Kelantan! Tapi tak pe dapat pahala. mengikut pengalaman saya, pemain dan pasukan "main ikut apa yang referee bagi". Itu hakikat sebenarnya. Mana2 team pun serupa. Alhamdulillah keputusan saya diterima dengan baik di Kelantan walaupun kad merah dilayangkan. Kalau pemain main robust, ref tak control makan iakan jadi kasar, tak dikawal juga ia akan jagi ganas. Akhirnya terpaksa bagi kad kuning atau merah. Tunjukkan kewujudan kita, keputusan adil dan dilihat adil (fair and seen to be fair), amalkan dan galakkan fair play, senyum bila sepatutnya dan tegas bila diperlukan. Pemain akan hormat bila dia tahu bahawa kita cuba dan jalankan tugas dengan adil dan ikhlas. Semoga ia menjadi panduan. Semoga semua rakan referee sihat sejahtera sentiasa.
Betul tu rep maldip,
Nak jadi rep yang baik, kena buat keputusan yang sama tanpa mengira tempat. Kalau keputusan berlainan dan berbeza ikut tempat, tak lama la jadi repri.....
oooo
macam tu erk....
Pokoknye tgok lakonan pemain EGYPT tu.,.peh !! mcm betul2 je kan?
Post a Comment