17 June 2009

Pindaan FIFA 2009 - 2010


Kawasan Teknikal

"Hanya seorang pada sesuatu masa berkuasa untuk memberikan arahan teknikal dari kawasan teknikal"
(Pindaan FIFA 2009-2010)
Bahagian teks asal yang dikeluarkan:
(... dan dia mesti kembali ke kedudukannya setelah memberikan arahan ini).
Pindaan ini tentunya disambut dengan baik oleh semua pegawai pasukan kerana kini seorang pegawai boleh berdiri sepanjang perlawanan tanpa kerap diganggu oleh pegawai keempat untuk duduk atau kembali ke tempatnya setelah memberikan arahan ini. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa hanya seorang pada satu-satu masa dibenarkan untuk berdiri dan pegawai pasukan serta penghuni kawasan teknikal hendaklah sentiasa berkelakuan bertanggungjawab.
Pindaan ini juga memudahkan tugas pengawai keempat kerana tidak perlu kerap bergerak ke kawasan teknikal untuk mengingatkan pegawai pasukan yang berdiri untuk kembali ke tempatnya. Mudah-mudahan ini akan mengelakkan kejadian di mana pegawai pasukan terpaksa dijemput ke tempat 'terhormat' di Grand Stand dan bukan dibangku simpanan.

4 comments:

Pegawai Kelima said...

Kepada pegawai Keempat, jangan lupa bahawa, coach tersebut hanya boleh memberi arahan teknikal.

Jika berkelakuan kurang sopan, contohnya berdiri sambil kerap membantah keputusan pengadil, melakukan provokasi terhadap pemain lawan dan perbuatan-perbuatn lain yang boleh dianggap kurang sopan, maka adalah menjadi tanggung jawab pegawai keempat untuk menegur atau mengambil tindakan yang sesuai.

Adalah diharapkan semoga pegawai keempat tidak menjadikan pindaan ini sebagai 'tiket' untuk duduk saja sepanjang 90 minit perlawanan

Editor Celuk said...

Maldives Ref,

Satu usaha terpuji dengan posting-posting yang boleh membantu meningkatkan prestasi pengadil.

Tapi yg ni mula-mula buat saya keliru kerana anda menggunakan ayat...."Ungkapan yang dikeluarkan:...(dan dia mesti kembali ke kedudukannya setelah memberikan arahan ini)"

Ayat atau perkataan "Ungkapan yang dikeluarkan" itu dirasakan boleh ditukar kepada "Ayat/Perkataan yang dibatalkan" kerana ayat pertama seolah-olah menggambarkan apa yang telah diungkapkan oleh coach semasa berada dalam kawasan teknikal.

MALDIVES REF said...

Mengikut fahaman BM saya, ungkapan adalah sebahagian dari satu ayat. Artikel asal, saya gunakan 'ayat", kemudian tukarkan kepada ungkapan. Anyway, TQ for the comment.
Sekurang-kurangnya,saya tahu posting saya tidak sia-sia kerana ada yang membaca dan menelitinya.

Ref Baru said...

Juga untuk makluman kita semua, pindaan ini HANYA berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009.