29 April 2009

Tips Sebelum Telefon Bimbit Dicuri


Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

(star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telefon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti Maxis, Digi dan Celcom.

Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. Telefon bimbit semua model Nokia dan Sony Ericsson boleh menggunakan cara ini. Model-model lain cubalah sendiri.

06 April 2009

SEMINAR DAN UJIAN KECERGASAN PENGADIL KUALA LUMPUR

Adalah dimaklumkan kepada semua pengadil bolasepak Kuala Lumpur, seminar dan ujian kecergasan akan diadakan pada 18 dan 19 April 2009 bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Oleh yang demikian dinasihatkan kepada semua pengadil yang berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur supaya membuat persediaan fizikal dan mental untuk menghadapi ujian yang akan dijalankan.Dimaklumkan juga kepada sesiapa yang gagal menghadirkan diri pada tarikh tersebut maka tiada lantikan tugasan sebagai pengadil dan penolong pengadil pada Liga Kuala Lumpur 2009, yang akan bermula pada akhir bulan April 2009.Maklum..