21 October 2010

Nasihat ikhlas kepada teman




9 OKtober 2010, 3.00 petang - Saya terasa amat terharu dan dihargai apabila sekumpuIan kakitangan dari sebuah stesen televisyen datang ke rumah saya untuk menemuduga saya. Mereka menanyakan pengalaman pengadilan saya, perlawanan pertama dan terakhir dalam kerjaya kepengadilan, pengalaman pahit dan manis serta usaha yang dicurahkan ke arah kecemerlangan diri. Perjawatan di Malaysia dan terkini. Saya telah ditanya juga bagaimana saya membuat keputusan dalam mengatasi masalah disiplin pemain atau masalah-masalah di dalam perlawanan. Akhir sekali diminta juga untuk memberikan nasihat kepada pengadil-pengadil muda agar mereka mampu memberikan persembahan terbaik pada setiap masa ketika mengendalikan sesuatu perlawanan.
Untuk mencapai suatu tahap dihormati oleh semua pemain, pegawai pasukan, pengadil hendaklah memastikan bahawa setiap perlawanan yang diadili adalah terbaik atau sekurang-kurangnya mengekalkan persembahan yang konsisten. Untuk mencapai keadaan sedemikian, dia perlulah mengekalkan tahap kecergasannya, kekalkan perlawanan latihan, masa rehat yang mencukupi sebelum setiap perlawanan dan menganggap bahawa setiap perlawanan itu adalah penting bukan sebagai suatu perlawanan tambahan. Adil, tegas, mesra dan tidak memihak kepada mana-mana pasukan setiap masa. Berani untuk mengambil keputusan atau tindakan yang genting. Adil dan dilihat melakukan keadilan (fair and seen to be fair). Apabila pemain melakukan kesalahan yang serius dan patut diberi amarana atau diperintah keluar tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya, pemain itu tidak akan menghormati pengadil itu walaupun dia memperolehi keistimewaan dari keputusan yang buruk pada ketika itu. Oleh itu, pengadil tidak seharusnya fikir apabila dia memberikan sesuatu keistimewaan kepada pemain itu, dia akan dihormati kerana pemain akan menganggap pengadil tiada keberanian dan telah hilang hormat dan kepecayaan kepada pengadil itu.
Sebenarnya pemain akan bermain mengikut rentak dan cara yang diberi oleh pengadil. Jika pengadil membenarkan corak permainan yang kasar dengan kesalahan serius tidak dihukum dengan sepatutnya, bantahan tidak dipendam, pemain kerap mempersoalkan keputusan pengadil, maka kekasaran itu akan bertambah buruk sehingga pengadil hilang gengaman atau kawalan terhadap perlawanan itu atau perlawanan itu akan TIADA DALAM KAWALANnya lagi. Biasanya pemain tidak akan mempersoalkan keputusan pengadil. Oleh itu, pengadil dalam mengekalkan ketegasan dan ketepatan dalam keputusannya, perlu juga membuat ANALISI DIRI atau MENYOALKAN diri sendiri ketika ada bantahan, rayuan atau keputusannya dipersoalkan oleh pemain dan pegawai perlawanan. " KALAU ANGIN TIDAK TIUP MASAKAN RUMPUT AKAN BERGOYANG". Mungkin dia terlepas pandang sesuatu insiden, kekasaran atau membuat sesuatu keputusan yang salah atau silap. Jadi, dia perlulah bersifat ikhlas dan jujur kepada diri sendiri dan pemain. Dengan itu dia akan dihormati oleh pemain dan pegawai pasukan.
Untuk mencapai tahap prestasi yang cemerlang pada tahap tertinggi dalam pengadilan, pengadil hendaklah sentiasa berlatih dan mengekalkan tahap kecergasannya, mengemaskinikan pengetahuan tentang Undang-undang Permainan, pentafsiran dan pelaksanaannya, amalan pemakanan yang sesuai, rehat secukupnya di antara perlawanan, latihan dan sebelum perlawanan, membentuk suatu amalan persediaan mental sebelum setiap perlawanan, motivasi diri untuk peningkatan berterusan, ikhlas dalam menerima komen-komen dari penilai pengadil atau rakan sejawat, hormati orang lain agar diri dihormati, berani untuk membuat keputusan yang genting dan tegas terhadap pemain bermasalah disipilin atau sikap yang menjadi 'pengacau' dalam perlawanan, MESRA daam KETEGASAN dalam pendekatan pengadilan, membentuk suatu cara motivasi diri agar dapat meghasilkan persembahan dan pencapaian pada had yang tertinggi dan mencapai tahap kerjaya yang terbaik dalam pengadilan.
"Kalau takutkan ombak dan badai, jangan buat rumah di tepi pantai".