Assalamualaikum dan Salam sejahtera.....
Dimaklumkan kepada semua pengadil-pengadil yang berdaftar dengan KLFA, latihan mingguan akan di adakan pada Ahad 16/5/2010 jam 8 pagi .... sila bawa peralatan pengadil lengkap.
Pakaian semasa latihan : short hitam dan baju berwarna merah
Sila hebahkan kepada rakan-rakan pengadil yang lain...
14 May 2010
07 May 2010
Melentur buluh - Mendidik Pengadil Baru
Sesuatu pasukan bolasepak, biasanya mengandungi pemain berpengalaman dan juga pemain muda atau baru yang mempunyai kegigihan, tenaga, kemahiran asas tetapi memerlukan digilap dan diberi pengalaman. Latihan-latihan sudah tentunya dijuruskan kepada perkembangan kemahiran dan teknik, pembinaan keyakinan dan pengukuhan strategi agar pemain-pemain muda ini dapat diserapkan ke dalam sistem itu. Jurulatih-jurulatih yang berwawasan untuk pembangunan tidak akan teragak-agak untuk memainkan pemain muda ini di dalam perlawanan ketika masa tepat untuknya (bilakah masa yang tepat?). Dengan memasukkan seorang pemain muda, ia akan memberikan peluang kepada sepeuluh pemain senior yang lain untuk memikul beban dan pada masa yang sama meningkatkan kebolehan diri. Jurulatih perlu bersabar dengan kerenah dan kesilapan yang bakal dilakukan oleh pemain muda di dalam perlawanan jika tidak, ia akan menghilangkan keyakinan diri pemain itu dan menghalang pembangunannya. Kekadangnya, jurulatih perlu mengambil risiko untuk memainkan pemain muda di dalam perlawanan utama atau genting. Ramai pemain muda, bila diberi peluang dan ruang untuk beraksi akan memberikan persembahan terbaik di luar jangkaan jurulatih kerana mereka juga ingin merampas tempatnya di kesebelasan utama. Jika jurulatih sesuatu pasukan yang berada di tangga tercorot di dalam liga menunggu sesuatu perlawanan mudah atau ketika mendahului lawan untuk mencuba pemain muda, rasanya pemain-pemain muda ini tidak ada peluang langsung untuk beraksi. Kekadangnya dengan memasukkan pemain muda atau dengan sekadar memanaskan pemain muda di luar padang akan mencetuskan cabaran kepada pemain2 yang ada di dalam padang untuk berusaha mempamerkan prestasi yang lebih baik supaya tidak digantikan.
Dalam pengadilan, terdapat kesamaan dalam proses pembangunan. Jawatankuasa Pengadilan akan memutuskan masa dan detik yang sesuai untuk melantik pengadil muda ke dalam liga utama. Ini sudah tentunya dilakukan setelah berpuashati bahawa mereka ini telah diberi latihan yang sesuai dan secukupnya, dibina keyakinan dalam perlawanan di liga yang rendah, bimbingan dari penilai pengadil selain panduan-panduan dari pemain senior dan apabila prestasi mereka baik, dilantik untuk perlawanan yang lebih mencabar atau bertahap tinggi. Persembahan mereka ini sudah tentunya diawasi oleh penilai pengadil yang berperanan untuk berikan nasihat dan bimbingan ke arah pembangunannya. Kesilapan adalah perkara biasa pada manusia dan pendekatan yang diamalkan oleh penilai pengadil untuk menerima kesilapan ini penting dalam proses pengukuhan keyakinan diri pengadil muda itu. Kesilapan boleh berlaku tetapi tidaklah sehingga menjejaskan seseuatu pasukan atau pemain. Perlawanan-perlawanan di peringkat awal seharunya dijadikan medan untuk mencuba pengadil muda kerana perlawanan-perlawanan pada peringkat akhir biasanya adalah lebih mencabar dan genting. Dengan kerjasama semua pegawai pasukan proses gabunganjalin ini sudah tentunya akan menguntungkan bolasepak negara dan pengadilan khususnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)