22 December 2010

Siapa selepas dia?


Kita bangga kerana dapat melahirkan seorang pengadil berwibawa yang menjadi salah seorang pengadil terpilih ke Piala Dunia 2010. Di antara pengadil Asia yang terpilih, dialah yang telah mengadil bilangan perlawanan dan yang genting bagi Pra-Piala Dunia, kalau tidak diistiharkan sebagai terbaik pada ketika itu, ia adalah suatu perkawa logik yang tentunya diterima semua yang bergelar pengadil hebat. Atas alasan teknikal kerana salah seorang AR belum pernah beraksi dalam sebarang perlawanan genting, maka FIFA tidak berani menperjudikan pasukannya untuk mengendalikan perlawanan yang penting di WC 2010. Tidak mengapa di Asia Subkhiddin Hj Mohd Salleh masih terbaik. Kita turut bangga kerana pengadil Asia yang lain turut diberi perlawanan yang tertinggi untuk beraksi.
Persoalannya, siapa selepas Subkhiddin? Walaupun berada jauh di luar negara, perkembangan pengadilan di negara tetap menjadi perhatian. Secara ikhlas, buat masa terdekat tiada yang mampu digelar "Second to Subkh". Barisan pelapis yang ada perlu diteliti dan yang belum disenaraikan pun perlu dikenal pasi, digilap, dibimbing agar suatu hari nanti pelapis dengan yang sedia ada akan sama hebat dan hanya dipisahkan oleh pengalaman saja. Adik2 FIFA yang ada haruslah tidak puashati kerana sudah mempunyai lencana FIFA di dada kerana ia tidak mencerminkan kehebatannya dan ia mudah pudar atau terlucut dari poket itu. Anda bukan tebaik di negara kerana ada abang2 yang senior yang tidak layak memakai lencana itu kerana usia yang melebihi syaratnya. Tugas siapa untuk memastikan fenomena ini menjadi suatu kenyataan?
Seperkaras lagi buat renungan. Kalau dulunya, apabila terdapat pindaan pada undang-undang bolasepak setiap tahun, ada saja individu yang akan mengambil initiatif untuk memastikan ia diterjemahkan ke bahasa Melayu agar semua yang kurang arif dalam bahasa Inggeris akan turut mendapat manfaatnya. Ada juga individu yang akan memperkemaskinikan buku Undang-Undang Bolasepak dalam Bahasa Malaysia setiap tahun dan dicetakkan agar ia dapat dibaca oleh semua. Dua individu ini tiada dalam kanca bolasepak Malaysia, siapa yang bakal menggantikannya? Ia masih menjadi suatu pertanyaan!