14 December 2011

SEMINAR & FITNESS TEST FAM 2012

Setelah sekian lamanya berlatih dan berusaha untuk ujian kecergasan FAM, dan tarikhnya 7 hingga 11 Disember yang lalu telah diadakan di KUIM, Melaka. Seramai 19 orang Pengadil dari Kuala Lumpur, 11 pengadil kategori kebangsaan dan 8 kategori Antarabangsa termasuk seorang wanita telah menghadiri ujian tersebut. jadual yang bermula jam 12tengahari pada hari pertama dengan Taklimat kepada semua para pengadil dan Penilai pengadil dari seluruh negeri berkaitan Ujian yang akan dijalankan.
Bagi pengadil Kuala Lumpur kategori Kebangsaan, ujian dijalankan pada hari pertama jam 430petang bermula dengan warming up oleh Jurulatih kecergasan iaitu Coach Adam Shah meera dan kata-kata perangsang dari beliau. Bagi Sprint test catatan masa adalah 6.4 saat dan Interval test adalah 30s run, 40s walk. Untuk kategori ini, wakil dari Kuala Lumpur yang lulus adalah seramai 8 orang, dan ada yang melakukan 12 pusingan.hebat...Malam nya pula diteruskan dengan kelas Ulangkaji bagi para pengadil dan minum malam.

Pada tarikh 8hb-Khamis, seawal jam 630 pagi telah bermula yang melibatkan dari negeri-negeri lain. Perasmianya adalah di jalankan pada jam 11pagi dah telah dirasmikan oleh Pengurus Hal Ehwal Pelajar KUIM mewakili pihak atasan yang telahpun dijemput. Dalam ucapan beliau mengalu-alukan kehadiran para pengadil FAM dan menharapkan maklum balas agar pihaknya dapat meningkatkan lagi perkhidmatan yang disediakan sepanjang program ini berlangsung. Pada sebelah petang pula, acara yang melibatkan pengadil-pengadil dari Kuala Lumpur bagi kategori Antarabangsa. Permulaan yang baik ditunjukkan pengadil-pengadil Kuala Lumpur tetapi agak mendukacitakan apabila beberapa pengadil kita mengalami kekejangan dan amaran semasa interval test. Sesungguhnya ini adalah satu keputusan yang agak memberi tamparan kepada KLFA, bagaimana pun ianya harus diterima oleh semua pihak. Dan sepeti biasa malamnya adalah kelas ulangkaji.


Diteruskan keesokkan harinya 9hb-Jumaat, seorang wakil Kuala Lumpur wanita iaitu saudari Widiya habibah, menjalani ujian bersama-sama seorang wakil wanita dari N9 yang dipanggil pada saat-saat akhir. Alhamdulillah, kedua-dua lulus dengan jayanya. Selesai bagi kategori wanita ini bermakna habislah sudah ujian bagi semua kategori. Selepas itu, program diteruskan lagi dengan praktikal yang diketuai oleh Pengadil tersohor kita iaitu Cikgu Subkhiddin. Pelbagai variasi latihan telah ditunjukkan dan dijalankan oleh beliau, dah ianya adalah satu latihan praktikal yang bagus dan boleh membantu peningkatan pengadil selain dari penilaian ketua pengadil di dalam satu-satu perlawanan. Pada sebelah petangnya adalah sessi dialog dan majlis penutup dan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM iaitu Datuk Astaman Abd Aziz. Di dalam Majlis dialog itu, beliau berjanji akan membawa beberapa perkara yang telah dicadangkan oleh pengadil-pengadil didalam mesyuarat yang akan di hadiri oleh Presiden FAM iaitu Sultan Ahmad Shah. Antaranya cadangan yang akan dibawa ialah dari segi Elaun perlawanan dan insurans yang melibatkan pengadil. Diharapkan ianya akan memberikan satu keputusan yang positif dan tentukan akan menggembirakan warga pengadil di seluruh Malaysia iandai ianya terlaksana. Pihak Pengadil KLFA mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Astaman Abd Aziz atas usaha beliau dalam mengangkat martabat Pengadil di malaysia. Datuk Astaman juga adalah merupakan Presiden KLFA.

Dan program terakhir adalah sesi 'Hot Topic' berkaitan LOG, sesi ini dimulakan oleh Cikgu Subkhiddin dan diteruskan oleh Cikgu Kassim Bacha dari Melaka dan Cikgu Nasaruddin dari Penang. Tamat kelas, PPPKL iaitu En Madjan telah mencadangkan satu makam malam bagi pengadil-pengadil Kuala Lumpur dan telah diadakan di Pengkalan Balak yang mana turut disertai en Zainal Abidin Yaakob.
Bagi Pengadil-pengadil yang lulus, setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kerana kejayaan anda membantu menaikkan nama Pengadil KLFA. Bagi yang gagal jangan berputus asa dan teruskan berusaha kerana Ujian kecergasan kedua akan dijalankan pada Januari 2012. Buktikan yang Pengadil-pengadil KLFA adalah pengadil yang berwibawa.

SYABAS DAN JUMPA LAGI.

1 comment:

jinggaro_ptu said...

reporter sambilan.... good job