17 March 2009

Psikologi dalam Pengurusan Perlawanan

Kekadangnya pengadil muda tertanya-tanya bagaimana pengadil yang berpengalaman atau yang cemerlang dapat mengurus dan mengawal sesuatu perlawanan dengan selamba atau begitu mudah sekali sedangkan setiap kali pengadil muda mengalami cabaran dan kesukaran untuk berbuat demikian. Pengurusan perlawanan bukan sekadar mempunyai kelulusan dalam undang-undang permainan, lama tempuh menjadi pengadil atau tinggi mana kelulusan akademik. Kefahaman mental terhadap perasaan pemain, jurulatih, pemain yang dikasari atau yang mengasari, yang ketinggalan gol, yang baru masuk semula setelah diusung keluar atau yang sentiasa kelihatan ganas atau keras dalam takelnya.
Adalah menjadi tanggungjawab pengadil dan pasukan kepengadilan untuk mengujudkan suatu gaya kawalan atau suatu peraturan/garis panduan yang disampaikan kepada pemain-pemain secara jelas agar mereka mematuhinya. Mereka juga perlu mencipta suatu iklim permainan atau persekitaran yang menggalakan pemain-pemain untuk menegak atau mengutamakan peraturan dan garis panduan atau budaya yang pengadil telah wujudkan itu.
Pemain pula dipertanggungjawabkan oleh jurulatih untuk menpengaruhi (melalui cara positif atau negative) keputusan-keputusan pengadil agar mempunyai kelebihan atau keuntungan dari pemain lawannya.
1. Pemain-pemain juga dibimbing untuk menguji dan mengukur pengadil.
Pengadil hendaklah tidak teruja, digertak atau diugut oleh pemain atau keadaan. Tunjukkan kesan atau kewibawaan anda awal di dalam permainan.
2. Pemain inginkan keadilan.
Pengadil hendaklah dilihat konsisten dalam membuat keputusan dan pelaksanaan tugasnya. Keputusan yang betul mengikut undang-undang tidak semestinya keputusan yang terbaik. Kebijaksanaan dan budi bicara perlu digunakan.
3. Pemain-pemain inginkan aduannya diambil perhatian oleh pengadil.
Pengadil hendaklah menjadi “pendengar” yang baik - mempunyai sikap simpati dan empati.
4. Pemain akan mempamerkan emosinya secara lisan, visual dan fizikal.
Pengadil hendaklah sentiasa tenang dan dilihat tidak beremosi. Ramai pengadil melakukan kesilapan apabila mengambil hati ataua turut beremosi terhadap sesuatu insiden. Ketika membuat keputusan, bertenang dan keputusan akan lebih baik. Perlu ada juga sedikit kecindanan bukan berkelakar atau jadi badut. Kekadang perlu buat keputusan dan terus beredar dari tempat kejadian itu ataupun sentiasa bergerak. Ini boleh mengelakkan pemain datang berkerumuni anda atau rapat untuk memberikan protes atau konfrontasi.
5. Pemain inginkan keadaan menjadi tegang dan tinggi cabarannya agar mengelirukan pengadil.
Oleh itu, pengadil pada ketika yang kritikal, perlu juga memperlahankan rentak permainan/keadaan. Hapuskan "duri dalam daging" - kenal pasti pemain yang menjadi 'duri' da ambil tindakan tegas terhadapnya ataupun tanganinya dengan bijak.
6. Pemain ingin dilayan saksama
Pengadil hendaklah mengelakkan mengertak pemain. Buatlah apa jua tanpa memperkecil-kecilkan pemain. Elakkan bercakap dengan merendah-rendahkan mereka atau menjerit ke arah mereka.
7. Pemain menggunakan undang-undang permainan dan bermain dengan cara agar membawa permainan menjadi huru-hara supaya tugas pengadil menjadi sukar.
Pengadil hendaklah menunjukkan kepada pemain bahawa anda tahu apa yang ada lakukan. Tunjukkan maklumbalas bila bertepatan dengan keputusan dan juga tindakan serta gunakan lisan bila perlu. Adakala perlu berikan isyarat atau gambaran tentang ketegasan anda.
8. Pemain berasa bangga dengan pencapainnya.
Pengadil hendaklah memberikan pujian kepada pemain yang tingkah laku yang baik, mematuhi falsafah pengurusannya atau melakukan sesuatu yang istimewa. “Madu lebih menarik kumbang dari cuka”. Pujian kekadang akan meredakan ketegangan.
9. Jika pengadil tidak mengambil tindakan yang baik atau betul, pemain mempunyai “cara” untuk mengambil tindakan.
Pengadil hendaklah dilihat sedang mengambil tindakan walaupun tidak melakukan apa-apa. Hukuman hendaklah berpadanan atau wajar. “Dengar” kepada pemain untuk mengetahui apa kehendak mereka.
Beberapa panduan yang boleh diambil perhatian oleh pengadil muda sebagai panduan untuk dilaksanakan atau diguna pakai dengan sedikit modifikasi megikut keadaan dan situasi. eru banyak menggunakan kebijaksanaan, budi bicara dan juga "gamemanship" dalam pengurusan perlawanan.

3 comments:

nagor said...

Assalamualaikum En Amir,

Thank you for posting En Amir. It's full of useful information and guidance for referee.

Anonymous said...

bad

terima kasih cikgu, di atas pengajaran yang penuh dengan maklumat penting untuk mengendalikan sesuatu perlawanan.... semua maklumat dari cikgu akan saya gunakan dengan sewajarnya.... sekali lagi jutaan terimakasih...

salam

Anonymous said...

Assalamualaikum warga REFEREE semua.....

Terima kasih buat Cikgu Amir di atas maklumat yang penting buat saya.

Saya akan manfaatkan segala maklumat dan pengajaran yang diberikan.

Thank you very much BROTHER....