10 March 2009

SPIRIT OF THE GAME - Bingkisan dari Maldives

Tugas utama pengadil dalam menguatkuasakan undang-undang permainan adalah untuk menjaminkan agar pemain dapat mempamerkan kemahirannya tanpa di disekat oleh kekasaran dari pemain lawan. Seringkali pengadil menghukum mengikut buku setiap kesalahan dengan ganguan-gangguan yang tidak sepatutnya hingga menjejaskan keseronokan dan nikmat permainan ini. Sekadar dengan menguatkuasakan semua undang-undang bolasepak tidak boleh dikatakan sebagai berkesan atau cemerlang tanpa melaksasnakan Undang-undang 18, iaitu kebijaksanaan (common sense) dan budibicara. Kebanyakan pengadil dilihat begitu kaku dan terikat dalam pelaksanaan undang-undang mengikut apa yang tertera dalam buku dan menafikan pemain-pemain serta penonton menikmati keseronokan permainan ini. Apa yang sering dilupakan atau tidak disedari ialah hakiki di sebalik undang-undang permainan (spirit of the law). Hakiki undang-undang sebenarnya menjamin dan menggalakkan keselamatan , keadilan dan keseronokan pemainan.
Dalam mempertimbangkan keselamatan, pemain adalah dilindungi dan diberi perasaan kebebasan untuk mempamerkan kemahiran tanpa risiko kesejahteraan fizikalnya. Ungkapan lama, “football is a gentleman game for the hooligans” – pemain diajar bagaimana bertingkahlaku berlandaskan undang-undang. Keadilan atau kesamarataan bererti kedua-dua pasukan mempunyai peluang dan ruang untuk bertanding di padang permainan yang sama. Dengan membenarkan kelancaran (flow) permainan tanpa gangguan yang tidak sepatutnya atau bunyi wisel bagi pelanggaran-pelanggaran kecil akan menghidangkan keseronokan dan nikmat permainan kepada pemain-pemain dan penonton terhadap pemeran kemahiran, kesenian dan kreativiti pemain di samping saat-saat nostalgia dalam meraikan sesuatu jaringan atau detik-detik yang dramatik.
Selain dari menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin keselamatan pemain, hukuman disiplin dengan kad kuning atau merah akan mengelakkan pemain menggunakan keganasan dalam permainan, memastikan peralatan pemain dan peralatan padang permainan mengikut spesifikasi, memberhentikan permainan untuk kecederaan yang parah dan berdarah, menyekat gangguan dari pegawai-pegawai pasukan dan tindakan-tindakan lain bagi menjamin keselamatan dan keadilan dalam permainan. Membenarkan advantej dimainkan dan menghukum pemain yang bersalah kemudiannya, membenarkan sepakan percuma diambil dengan pantas an tidak cerewet terhadap tempat sepakan, membenarkan peluang jaringan gol dari menghukukan penalty atau tindakan ‘overule’ isyarat ofsaid dari penolong pengadil katika pemain pertahanan menguasai bola sebenarnya membawa kepada kenikmatan dan keseronokan permainan ini.
Memahami bahawa undang-undang permainan yang bertujuan untuk mengelakkan helah untuk membuang masa atau memperlambat-lambatkan permainan adalah sejajar dengan spirit of the game. Penjaga gol dihalang helahnya untuk memperlambat-lambatkan permainan dengan peraturan enam saat, memainkan bola dua kali, memegang bola yang dihantar oleh rakan melalui sepakan atau lontaran ke dalam dan sengaja membenarkan dia membuat sepakan gol dengan bola terkeluar dari garisan kawasan gol sebenarnya menafikannya peluang untuk taktik tersebut. Menghukum atau tidak menghukum pemain kerana membuat lontran ke dalam di tempat yang salah bukan tidak konsisten dalam pelaksanaan undang-undang ini tetapi kesedaran akan adanya percubaan untuk taktik melambat-lambatkan permainan. Kecekapan mengurus benteng dalam sepakan percuma akan memastikan keadilan dan mengelakkan taktik melambat-lambatkan permainan – gerakkan pemain yang berada dekat bola dengan segera, gerakkan benteng dengan pantas, beri amaran kepada pemain yang sengaja melengahkan pergerakan dan gunakan wisel bila perlu. Helah seolah-olah cedera parah, kejang otot atau sentiasa tercedera oleh penjaga gol perlu dijangkakan oleh pengadil apabila sesuatu pasuskans edang mendahului lawannya. Segera mengarahkan pembawa ‘stretcher’ masuk dan keluarkan pemain tersebut dengan segera atau berikan kad kuning jika dilihat melaukan nya dengan sengaja adalah langkah-langkah yang perlu diambil kira oleh pengadil dalam memahami hakiki undang-undang. Adalah berfaedah kepada semua pengadil, jurulatih dan pemain untuk memahami sejarah di sebalik setiap undang-undang, dengan itu “Spirit of the Game” akan ditegakkan.

Amir Sharifuddin Wong.
FAM (FA Maldives)
For the English Version visit http://maldivesref.blogspot.com

No comments: