10 March 2009

Imbangi Latihan dengan Rehat


Latihan yang teratur akan memastikan seorang pengadil bersedia untuk aktiviti sukan. Terdapat juga rakan pengadil yang membuat latihan dengan tekun dan gigih tetapi gagal dalam ujian kecergasan. Bagaimana fenomena ini boleh terjadi. Jika latihan tidak mencukupi atau cara latihan yang tidak sesuai akana menyebabkan anda tidak sempat ke garisan permulaan. Intensiti atau bebanan yang berlebihan akan menyebabkan anda mengalami kecederaan ‘overuse’ dan anda tidak sempat menamatkan larian. Tambah beban yang teratur memberi kesan positif yang baik perubahan badan dalam kekuatan, keupayaan kardiovaskular dan kelonggaran. Tambah bebanan yang positif dengan diimbangi rehat yang mudahsabah serta pembaikpulih (recovery) adalah formula latihan yang optimum. Anda akan mengalami risiko rasa tawar hati, kelesuan dan kecederaan jika mengamalkan beban yang maksimum setiap hari. Rehat, pemulihan dan bekerja dalam program latihan akan menyebabkan kesan prestasi yang baik dan kesihatan badan.
Gunakan pemulihan aktif (active recovery) dalam latihan akan maksimumkan kegunaan masa dan mengelakkan terlebih bebanan latihan. Contohnya, dalam latihan interval, selepas setiap larian jika dalam fasa rehat, kita buat lari anak (jogging) perlahan ia akan meningkatkan keupayaan anaerobik. Jika kita berjalan di antara setiap ulangan, ia akan meningkatkan keupayaan aerobik. Pemulihan dan rehat aktif adalah pembaikpulihan yang bermanfaat di antara senaman dan juga latihan. Contohnya, senaman regangan yang ringan di antara senaman kekuatan boleh merehatkan otot-otot yang bekerja tanpa memerlukan rehat sepenuhnya bahagian itu.
Intensiti atau bebanan hendaklah diselang-selikan sepanjang minggu. Satu atau dua hari latihan yang berat hendaklah diikuti dengan beberapa hari latihan ringan yang sama. Jangan rasa bersalah kerana itu. Rehat dan pemulihan tidak sama dengan memonteng latihan. Ahli sukan atau pengadil serta pengemar kecergasan yang berjaya pada setiap tahap membina komponen yang penting ini dalam program latihannya. Sehari rehat setiap minggu akan membolehkan pemulihan mental dan fizikal. Pemilihan aktiviti atau senaman dalam setiap program hendaklah dipelbagaikan. Melakukan jenis senaman yang sama pada tahap bebanan yang sama setiap latihan akan menjurus ke arah kecederaan dan juga rasa tawar hati (burnout). Badan anda akan menyesuaikan diri kepada rutin latihan saban hari dan anda akan mengalami kepupusan atau kebolehbalikan kesan pada usaha anda itu. Dengan menukarkan aktiviti dan rutin latihan akan memberikan cabaran berterusan kepada badan dan ia akan mengalami penyesuaian dan memberikan respons kepada cabaran dan rangsangan baru itu.
Jangan lupa untuk ‘mendengar’ badan anda. Badan anda akan memberikan isyarat bahawa badan anda sedang mengalami tekanan, kelesuan dan tawar apabila kaki anda enggan bergerak atua memberitahu bahawa anda mungkin mengalami kecederaan overuse jika meneruskan latihan. Oleh itu, rehat dan badan anda akan mengalami pemulihan dan latihan pada hari-hari berikut akan lebih menyeronokan.
For the English Version visit http://maldivesref.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih cikgu.....

Semoga allah akan membalas jasa baik cikgu.....


madjan

Anonymous said...

BHK1972

Jutaan Terimakasih kepada cikgu, kerana masih sentiasa ingin mendekati dan memberi sumbangan serta idea kepada referee. Walaupun cikgu berada beribu kilometer dari kami tetapi kami di sini masih sentiasa mengingati segala nasihat,tunjukajar serta idea dari cikgu.

Kami disini sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu di sana dan somoga sentiasa beroleh kejayaan..