30 June 2009

Perjumpaan Bulanan

Perjumpaan bulanan Pengadil Bolasepak Kuala Lumpur pada 01 Julai 2009 jam 8 malam di Std KLFA, Cheras. Taklimat mengenai Elaun musim 07/08. Semua Pengadil di kehendaki hadir untuk mengelakkan kekeliruan...Sila hebahkan kepada Pengadil yang lain....terima kasih

24 June 2009

Brazil vs Egypt



Pendapat anda?

22 June 2009

Simpati pada Masa yang Salah - Mengurus Kecederaan


Undang 5 (Pengadil) menyatakan bahawa adalah tugas pengadil untuk memberhentikan permainan, jika pada pendapatnya, seorang pemain itu tercedera parah dan pastikan dia dikeluarkan dari padang permainan dan untuk memastikan pemain yang berdarah lukanya keluar dari padan permainan. Pemain hanya boleh masuk semula setelah pengadil puashati bahawa pendarahan itu telah berhenti. Perkara ini juga telah diberi tekanan dalam pindaan undang-undang FIFA terbaru – untuk memberhentikan permainan kerana kecederaan yang parah.

Ramai pengadil dengan rasa simpati memberhentikan permainan tetapi pada masa tidak sepatutnya dan mengecewakan pasukan yang sedang membuat serangan ke arah gol pasukan lawan. Apa sebenarnya ialah “kecederaan yang parah atau serius”? Walaupun pengadil akan terlepas dengan mengatakan “pada pendapat saya” tetapi logik akal (common sense) memberitahu bahawa kejang otot bukan cedera parah. Suatu pelanggaran ringan kepada kaki, kepala atau badan atau terbaring untuk berehat sebentar setelah ditakel atau keletihan juga bukan. Memberhentikan permainan pada ketika yang salah akan memberikan ide kepada jurulatih dan pemain untuk menggunakan kelemahan ini bagi melambat-lambatkan permainan atau sebagai taktik membuang masa agar mengganggu rentak serangan pasukan lawan. Sebenarnya, sesetengah jurulatih dan pemain telah pun mengamalkan taktik ini dengan bantuan pengadil. Pemain setelah terjatuh dan melihat bahawa pasukan lawan masih membuat serangan ke arah golnya akan terus berada di bawah dengan harapan pengadil yang tertipu (maaf) akan memberhentikan permainan dan kemudiannya memulakan semula permainan dengan jatuhan bola.
“Logik bola” atau logik akal perlu diambil kira ketika membuat keputusan sama ada sesuatu kecederaan itu parah/serius atau tidak. Kesan ketika dua pemain berlanggar sesamanya atau teruk mana sesuatu takel itu, kepala berlaga, ‘bunyi retak’ ketika sesuatu kesalahan berlaku, pemain berdarah atau dua pemain rebah dan tidak bergerak setelah suatu perlanggaran, adalah beberapa kejadian lazim sebagai contoh kecederaan parah. Jika pemain tercedera ringan walaupun masih memegang pergelangan kaki atau lututnya hendaklah digalakkan bergerak keluar dari padang permainan semasa bola dalam permainan atau ketika sesuatu pemberhentian. Pasukan-pasukan yang ikhlas mahukan pengadil pengadil menggalakkan “fair play” seharusnya menyokong tindakan pengadil untuk meneruskan permainan ketika pemain tercedera ringan walaupun masih terduduk tidak akan menjerit dengan kemarahan, terutamanya ketika pasukannya sedang diserang oleh pasukan lawan. Inilah sebenarnya “FAIR PLAY” yang tulin!

Penalti....



Yer ker ni?

21 June 2009

Membetulkan Kesilapan dalam Permainan


Ketepatan keputusan pengadil bergantung kepada penglihatannya terhadap kejadian ketika berlaku, kefahaman dan interpretasi undang-undang serta kejadian itu, kedudukan yang hampir dan kehadirannya yang dirasai, tiupan wiselnya dan ketegasan serta keberanian dalam pendekatannya ke arah insiden itu.
Oleh yang demikian, seringkali insiden ini yang dilihat oleh pegawai perlawanan denga pegawai pasukan berbeza. Kedudukan orang yang melihat – hampirnya dia dengan permainan, selari dengan permainan (terutama untuk keputusan ofsaid, juga bola di luar atau di dalam permainan) dan sudut penglihatan dan perspektif oleh pegawai perlawanan dan pegawai pasukan; adalah factor yang membezakan pendapat.
Kadang kala, pengadil melakukan kesilapan dan prosedur komunikasi dan kerjasama penolong pengadil dan pegawai keempat membenarkan pengadil memperbetulkan kesilanan ini. Undang-undang menyatakan bahawa pengadil boleh menukar keputusannya selagi permainan belum dimulakan semula. Tanggungjawab utama di sini adalah untuk mengelakkan kesilapan yang serius berlaku. Sesuatu keputusan apabila telah dibuat, diumumkan dan mungkin dilaksanakan sebahagiannya akan mendatangkan cabaran dan tekanan terhadap pegawai perlawanan jika sesuatu yang berbeza kemudiannya perlu dilakukan.
Di antara kesilapan-kesilapan besar yang perlu pegawai perlawanan elakkan ialah: gagal memberikan kad merah setelah memberikan kad kuning kedua; memberi kad kepada pemain yang salah; member kad yang salah kepada pemain; gagal menghukum kelakuan “batu api”yang berlaku dalam kejadian tindak balas; sesuatu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang permainan atau peraturan pertandingan tempatan; pengesahan jaringan yang tidak betul/tepat atau kelakuan ganas yang telah berlaku yang membawa kepada salahlaku kelakuan-kelakuan yang mungkin mengancam. Keputusan sama ada sesuatu insiden itu salah atau tidak, suatu jaringan atau tidak tidak boleh diubah setelah permainan telah dimainkan semula tetapi tindakan disiplin kepada mana-mana pemain masih boleh diperbetulkan setelah menyedari kesilapan itu pada pemberhentian berikutnya. Contohnya, kad amaran telah salah diberi kepada seorang pemain, kad yang salah kepada pemain, pemain yang menerika kad kuning kedua tetapi belum dikeluarkan dari padang permainan, apa jua salah laku kelakuan yang berlaku di luar penglihatan pengadil atau pengadil belum memberikan hukuman. Untuk kesilapan-kesilapan ini , menarik perhatian pengadil apabila ada peluang yang awal kerana maklumat yang diberi membolehkan pengadil untuk memperlihatkan ketegasan dan kuasanya melalui strategi pengurusan pemain. Adalah lebih baik lewat dari tidak dan ia adalah suatu kesilapan yang serius untuk membenarkan pemain yang sepatutnya diperintah keluar untuk meneruskan permainannya. Dua kesilapan tidak akan menjadi suatu yang betul.

20 June 2009

Memainkan Bola atau Kaki


Insiden ini lazim kelihatan di semua perlawanan yang agak sengit. Pengadil, jurulatih, pegawai pasukan dan penonton melihatnya dari pelbagai perspektif yang berbeza. Jurulatih, pegawai pasukan dan penonton biasanya, ingin melihat sesuatu keputusan itu berpihak kepada pasukannya. Pengadil pula tidak melihat dengan berpihak kepada mana-mana pasukan tetapi adalah menjadi tugasnya untuk menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan betul.
Apakah yang menjadikan keputusan itu betul?
Keputusan pengadil dipengaruhi oleh beberapa faktor: posisinya, kejelasan insiden yang dilihat, jangkaan bahawa takel itu akan berlaku, kebolehannya untuk menggambarkan dan melihat di celah-celah kedua-dua pemain itu dan keberaniannya untuk membuat keputusan.
Jika pemain itu memainkan bola dahulu, kemudian pemain lawan melanggar kakinya dan terjatuh, takel itu dianggap sebagai sah, bersih dan betul. Jika pemain itu memainkan kaki pemain lawan dahulu sebelum bola atau kedua-duanya serentak, keputusan yang betul ialah menghukum takel itu. Insiden ini boleh dianggap sebagai membentes atau menendang pemain lawan dan akan dihukum dengan satu sepakan percuma terus kepada pasukan lawan ataupun sepakan penalti jika berlaku di dalam kawasan penalti pemain yang bersalah itu.
Bukan semua kesalahan sedemikian akan dihukum dengan kad (kuning atau merah). Jika takel itu dianggap cuai atau lalai (cuba memainkan bola, terlepas dan memainkan kaki pemain lawan dahulu), tiada kad diberi. Jika pemain yang cuba membuat takel secara bahaya atau gegabah tanpa menghiraukan keselamatan pemain lawan, kad kuning akan diberi kerana tiada semangat kesukanan dalam permainannya. Jika takel itu menafikan suatu serangan yang baik, kad kuning juga akan diberi kerana sebab yang sama.
Kad merah atau perintah keluar adalah hukuman, jika pemain menggunakan daya yang berlebihan dan bermain dengan ganas atau secara agresif. Dia diperintah keluar kerana bermain dengan amat kasar atau berkelakuan ganas.
Sebagai panduan kepada pengadil, bergerak ke dalam posisi yang betul (boleh melihat di celah-celah pemain) dengan pantas atau kalau boleh lebih awal, berada lebih hampir dengan insiden (terlalu hampir akan menjejaskan penglihatan), baca niat pemain yang berlari denga bola dan juga pemain pertahanan menghampirinya (pemain pertahanan kemungkinan membuat takel yang tepat atau mengkasari pemain lawan dan penyerang kemungkinan dikasari atau ditakel atau cuba melompat/merebahkan diri untuk mengelak atau menipu). Tempat berlakunya kejadian tidak seharusnya mempengaruhi keputusan anda namun ketika permainan menghampiri kawasan penalti, tumpuan yang lebih hendaklah diberi kepada permainan. Ketika membuat keputusan, pemikiran hendaklah terbuka (tiada prejudis atau memihak) baca niat pemain, timbangkan tahap seriusnya kesalahan itu dan membuat keputusan dengan segera sama ada hukuman lanjutan (amaran lisan, kad kuning atau merah) ketika wisel diletakkan di mulut. Ini tidak akan membenarkan faktor-faktor lain mempengaruhi keputusan dan hukuman anda. Lakukannya dengan betul, adil dan mengikut kemampuan terbaik anda - ini akan menyebabkian diri lebih dihormati oleh semua.

17 June 2009

Pindaan FIFA 2009 - 2010


Kawasan Teknikal

"Hanya seorang pada sesuatu masa berkuasa untuk memberikan arahan teknikal dari kawasan teknikal"
(Pindaan FIFA 2009-2010)
Bahagian teks asal yang dikeluarkan:
(... dan dia mesti kembali ke kedudukannya setelah memberikan arahan ini).
Pindaan ini tentunya disambut dengan baik oleh semua pegawai pasukan kerana kini seorang pegawai boleh berdiri sepanjang perlawanan tanpa kerap diganggu oleh pegawai keempat untuk duduk atau kembali ke tempatnya setelah memberikan arahan ini. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa hanya seorang pada satu-satu masa dibenarkan untuk berdiri dan pegawai pasukan serta penghuni kawasan teknikal hendaklah sentiasa berkelakuan bertanggungjawab.
Pindaan ini juga memudahkan tugas pengawai keempat kerana tidak perlu kerap bergerak ke kawasan teknikal untuk mengingatkan pegawai pasukan yang berdiri untuk kembali ke tempatnya. Mudah-mudahan ini akan mengelakkan kejadian di mana pegawai pasukan terpaksa dijemput ke tempat 'terhormat' di Grand Stand dan bukan dibangku simpanan.

15 June 2009

Soal Jawab dalam Permainan

Ingin menguji pengetahuan anda dalam Undang-undang Permainan?

1. Pemain pertahanan cuba menendang bola secara 'lipat basikal'. Tanpa disedari seorang pemain lawan cuba menanduk bola dari belakang. kakinya terkena badan penyerang itu. Adakah pengadil menghukum dengan sepakan percuma terus atau teruskan permainan?

2. Penyerang bergerak dengan bola ke dalam kawasan penalti. Pemain pertahanan yang cuba menyepak bola, terlepas dan menyepak penyerang itu. Pengadil menghukum dengan sepakan penalti atau teruskan permainan?

3. Pemain pertahanan cuba takel bola tetapi dia telah membentes pemain dahulu sebelum dia berjaya menyepak bola. Adakah pengadil memberikan sepakan percuma terus atau teruskan permainan kerana pertahanan itu telah berjaya memainkan bola?

4. Penyerang membuat sepakan ke arah gol. Bola, walau bagaimanapun telah melantun dari pemain pertahanan yang cuba menahan sepakan itu, kepada rakan penyerang yang berada dalam kedudukan ofsaid ketaka sepakan itu dibuat. satu sepakan percuma tidak terus diberi kerana offside atah teruskan permainan?

5. Dari satu sepakan percuma berdekatan dengan kawasan penalti, bola telah melantun ke dapan dari penjaga gol. Penyerang yang dari kedudukan tidak offside telah meluru ke hadapan dan membuat sepakan ke arah gol. bagaimanapun, rakannya yang berada dalam kedudukan ofsaid telah meluru ke arah bola dan menguiskan bola ke dalam gol. Adakah jaringan itu dibenarkan atau sepakan percuma terhadap pemain yang ofsaid itu?

6. Seorang penyerang dan pertahanan telah terjatuh melepasi garisan gol ketika bola masih di dalam kawasan penalti. Pertahan itu telah menumbuk penyerang itu semasa bergelut di tanah. Pengadil memberhentikan permainan. Perintah keluar pemain pertahanan kerana berkelakuan ganas. Dia sepatutnya memulakan semula permainan dengan sepakan penalti, sepakan percuma tidak terus atau jatuhan bola? (Soalan kiriman Chok dari Sabah)

Keputusan:
1. Sepakan percuma terus kerana terdapat sentuhan fizikal dalam kesalahan ini walaupun pada asalnya ia adalah tindakan bermain secara bahaya.
2. Sepakan penalti diberi. Kad kuning tidak perlu diberi kerana pemain cuai dengan tindakannya.
3. Sepakan percuma terus kerana pemain lawan dibentes dahulu sebelum memainkan bola.
4. Sepakan percuma tidak terus kerana ofsaid. Pemain dalam kedudukan ofsaid mendapat keuntungan dari kedudukannya. Ia juga tetap dihukum walaupun ia melantun dari penjaga gol. Dalam hal ini pemain pertahanan bukan membuat hantaran ke belakang.
5. Sepakan percuma tidak terus kerana ofsaid. Jika pemain yang berada dalam kedudukan ofsaid itu tidak menyentuh bola, goal itu akan dibenarkan.
6. Kejadian itu berlaku di luar kawasan permainan dan hendaklah dianggap sebagai satu gangguan luar. Permulaan semula yang betul ialah jatuhan bola di mana bola berada semasa permainan diberhentikan kerana kejadian itu berlaku di luar kawasan permainan.

14 June 2009

Amendments to FIFA Laws of the Game 2009-2010

(*changes are in bold)

Law 1 - Field of Play Matches may be played on natural or artificial surfaces, according to the rules of the competition.
The color of artificial surfaces must be green.
Where artificial surfaces are used in either competition matches between representative teams of member associations affiliate to FIFA or international club competition matches, the surface must meet the requirements of the FIFA Quality Concept for Football Turf or the International Artificial Turf Standard, unless special dispensation is given by FIFA.

Law 11 - Offside When an offside offence occurs, the referee awards an indirect free kick to be taken from the position of the offending player when the ball was last played to him by one of his team-mates.
Any defending player leaving the field of play for any reason without the referee's permission shall be considered to be on his own goal line or touch line for the purposes of offside until the next stoppage in play. If the player leaves the field of play deliberately, he must be cautioned when the ball is next out of play.

Interpretation:
1. A defending player cannot put an opponent into an offside position by moving or stepping out of the field of play.
2. The defending player who leaves the field of play deliberately must be cautioned for unsporting behavior.

Procedures to determine the Winner of a Match or Home-And-Away
Kick from the Penalty Mark
If at the end of a match and before the kicks start to be taken from the penalty mark, one team has a greater number of players than its opponents, it must reduce its number to equate with that of its opponents and the team captain must inform the referee of the name and number of each player excluded. Any player thus excluded may not participate in kicks from the penalty mark.

Interpretation:
1. Player excluded may not take part in the kicks.
2. The team who has not completed its permitted number of substitution can still replaced the goalkeeper who is injured during the kicks.

Technical Area - only one person at a time is authorized to convey tactical instructions from the technical area.

Interpretation:
1. At any time only one person can convey tactical instruction.
2. The person conveying tactical instruction may stand in the technical area and need not return to his position after giving instructions.
3. Any one person can stand at a time.

Referees must stop the match if, in his opinion, a player is seriously injured.

Changes to the Laws of the Game are binding for MAs as from 1 July 2009. MA may delay the introduction if its current season has not ended.

Interpretation by: Amir Sharifuddin Wong (FA Maldives Referees Director)

11 June 2009

Kesilapan Pengadil pada Detik-detik Akhir

Dari statistik yang diperolehi melalui laporan penilai pengadil adalah didapati bahawa kebanyakan insiden dan kesilapan pengadil berlaku pada 15 minit terakhir perlawanan. Insiden kad merah tidak diberi dengan betul, beberapa kad kuning diberi berturutan dalam suatu masa yang singkat – beberapa kad perlu dilayangkan untuk mengawal keadaan yang menjadi liar, pengadil tidak memberikan keputusan yang betul ketika berlakunya kesalahan atau insiden, pemain-pemain diberi amaran kerana membantah, meniupkan wisel untuk kesalahan sedangkan peluang jaringan atau serangan yang jelas wujud dan dinafikan, insiden ofsaid terlepas pandang – sama AR tidak melihat atau pengadil tidak lihat bendera AR – beberapa contoh sebagai mukadimah.
Pernahkah anda memikirkan sebab-sebab atau punca-punca berlakunya insiden ini? Dalam penailaian kendiri (jika dijalankan) adakah anda terfikir atau kenalpasti penyebabnya? Sesetengah akan terpinga-pinga dan masih terkiai-kiai mencari jawapannya. Izinkan saya mengutarakan beberapa kemungkinan yang anda mungkin mahu memberikan pertimbangan agar mempunyai persediaan yang lebih baik untuk perlawanan-perlawanan di masa depan.
Sesetengah kesalahan sama ada berat atau ringan pada peringkat awal perlawanan seringkali dibiarkan atau tidak ditangani dengan teliti. Api semasa kecil menjadi kawan tapi bila besar menjadi lawan. Amaran keras atau lisan boleh bantu untuk mengurangkan kemarahan atau pergeseran. Mengenali nama dan memanggil pemain dengan nama juga boleh memendamkan kemarahan. Bantahan atau cemuhan lisan jika tidak ditangani dengan bijak dengan amaran keras atau kad kuning awal akan akhirnya menyebabkan pemain-pemain tidak menghormati keputusan pengadil dan terang-terang menunjukkan bantahan kepada pegawai perlawanan. Sesetengan pemain yang mempunyai sikap yang buruk hendaklah dilihat sebagai suatu ancaman kepada permainan dan jika pengadil membiarkan pemain ini “bermaharajalela” ia akan mencetuskan masalah-masalah yang lain.
Kurang tumpuan boleh berlaku apabila pengadil mula rasa selesa (complacent) – terasa puas terhadap keputusan atau prestasinya atau kedudukan jurang jaringan yang besar. Ketika permainan menjadi lebih keras atau sukar, kita hendaklah bertambah keras dan tabah. Jika pengadil bersedia atau gagal untuk menjangkakan perkara yang tidak dijangkakan, mereka akan tergamam ketika perkara di luar kawalannya berlaku dan akan dilihat seolah-olah teragak-agak atau tidak pasti dengan keputusannya. Ungkapan yang menyatakan, “ ketika semua berjalan dengan lancar, tentu saja ada perkara yang kita terlepas pandang”. Kadang-kala keletihan pengadil pada penghujung perlawanan atau diganggu oleh bantahan-batanhan bertali arus, rayuan dan juga konftontasi yang menjadikan pengadil tegang atau stres, ini adalah masa di mana dia akan melakukan kesilapan atau hilang tumpuan, tidak melihat perkara yang sepatutnya dia lihat (di depannya), tidak mengambil tindakan yang tepat atau tegas, terlepas isyarat bendera penolong pengadil dan insiden-insiden lain, mungkin kecil atau besar yang mungkin merosakkan prestasinya dan mempengaruhi keyakinan pemain, pegawai pasukan dan juga penonton terhadap keputusannya. Ramai penilai pengadil menasihatkan agar pengadil lebih berhati-hati atau berwaspada pada detik-detik terakhir perlawanan. Bergerak lebih hampir untuk memperolehi keyakinan pemain dan sentiasa mengawasi sesuatu insiden apabila berlaku. Ini akan membantunya untuk meningkatkan keyakinan diri semula dan jesteru itu prestasinya.

Disediakan oleh: Amir Sharifuddin Wong (FA Maldives)

09 June 2009

Pindaan Undang-undang Permainan FIFA 2009-2010

Undang-undang 1 - Padang Permainan
Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan asli atau tiruan, menurut peraturan pertandingan. Warna permukaan tiruan mestilah hijau. Sama ada permukaan tiruan digunaan di dalam perlawanan pertandingan di antara wakil pasukan dari Persatuan Gabungan FIFA atau pertandingan perlawanan kelab antarabangsa, permukaan mestilah memenuhi keperluan "FIFA Quality Concept for Football Turf" atau "International Artificial Turf Standard", kecuali arahan khusus telah dikeluarkan oleh FIFA.
Undang-undang 11 - Offside
Ketika suatu kesalahan ofsaid berlaku, pengadil memberikan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat pemain yang bersalah berada ketika bola dimainkan kepadanya oleh salah seorang rakannya.
Mana-mana pemain pertahanan keluar dari padang permainan untuk sebarang sebab tanpa kebenaran pengadil adalah dianggap berada di dalam garisan gol atau garisan tepinya bagi tujuan ofsaid sehingga pemberhentian permaian berikutnya. Jika pemain itu keluar padang permainan adengan sengaja, dia mestilah diberi amaran ketika bola di luar permainan.

Interpretasi:
1. Pemain pertahanant idak meletakkan pemain lawan dalam kedudukan ofsaid dengan bergerak ke luar dari padang permainan.
2. pemain pertahana yang keluar dengan sengaja boleh diberi amaran kerana tidak bersemangat sukan atau keluar tanpa kebenaran pengadil.

Prosedur untuk Menentukan Pemenang Perlawanan atau "Home-And-Away"

Sepakan dari Tanda Penalti
Jika pada akhir perlawanan dan sebelum sepakan dari tanda penalti dibuat, pasukan yang mempunyai bilangan pemain yang lebih hendaklah mengurangkan bilangan pemainnya untuk menyamai pasukan lawannya dan ketua pasukan hendaklah memberitahu pengadil nombor dan nama pemain yang dikecualikan dari sepakan dari tanda penalti ini . Mana-mana pemain yang dikecualikan itu tidak boleh terlibat dalam sepakan dari tanda penalti itu.

Interpretasi:
1. Pemain yang dikecualikan tidak boleh terlibat dalam sepakan itu.
2. Pasukan yang belum menggunakan bilangan penggantian yang dibenarkan boleh menggantikan penjaga golnya yang tercedera ketika sepakan itu/

Kawasan Teknikal
- hanya seorang pada sesuatu masa dibenarkan untuk memberikan arahan taktik dari kawasan teknikal.

Interpretasi:
1. Mana-mana pegawai pasukan boleh memberikan arahan taktik dari kawasan teknikal tetapi seorang saja boleh berdiri pada sesuatu masa.
2. Orang yang memberikan arahan taktik ini boleh berdiri di dalam kawasan teknikal dan tidak perlu kembali ke tempatnya setelah memberikan arahan taktik.


Pengadil mestilah memberhentikan permainan jika pada pendapatnya, pemain tercedera parah.

Pindaan kepada Undang-undang Permainan adalah berkuatkuasa ke atas semua persatuan gabungan mulai 1 Julai 2009. Persatuan Gabungan boleh menangguhkan pelaksanaannya jika musim liganya masih belum berakhir

Terjemahan dan interpretasi oleh : Amir Sharifuddin Wong (Pengarah Pengadil FA Maldives)

05 June 2009

Kedudukan Kelab-kelab Liga Kuala Lumpur

Sehingga 31 Mei 2009

Bahagian Premier

KELAB

P

MATA

MAA FC

3

7

CIMB

3

7

FELDA UTD

2

6

TENTERA DARAT

3

6

MSN

2

4

PLUS EXRESSWAY

3

4

POS MALAYSIA

3

4

TITIWANGSA FC

2

3

JLJ DIRAJA

3

3

IKRAM ROVERS

2

2

KILAT KL

2

2

PULAPOL

1

1

SPA

3

1

MBF CARDS

3

1

MAYBANK

3

0


BAHAGIAN SATU

KELAB

P

MATA

KIDDO KICKERS

3

9

HORNET FC

3

7

PUTERA BANDAR

2

6

UNI. MALAYA

2

6

KWSP

3

6

UNITY AMPANG

2

3

AIR PANAS

2

3

HOTSPURS FC

2

3

KL PENDIDIKAN

3

1

BINTANG MUDA

1

0

GERAKAN KL

2

0

PETALING PUTERA

2

0

DAMAI FC

3

0


BAHAGIAN DUA

KELAB

P

MATA

SIME DARBY INDS.

3

9

IPIK

2

6

PPPKM

3

6

KTMB FC

2

4

NORTECH FT

3

4

KEPONG CHINESE

3

4

GOLDVALLEY

1

3

GMI

3

3

TASAJA FT

3

3

RISDA

3

3

SERDANG FC

2

1

GOLDHILL

3

1

CRESCENT FC

3

1


Untuk keputusan terkini sila hubungi terus dgn KLFA...